Hari ini di laman sosial tengah trending isu David Teo kena tampar dengan Mat Over atau nama betulnya Sulaiman Yassin. Seperti biasa, inilah waktunya pahlawan papan kekunci hadir menunjukan bakat dalam melontarkan kecaman. Saya tak mahu bincang berkenaan hal ini, bosan! Tapi ada baiknya, apa yang anda lihat inilah Malaysia hari ini.

Dari sudut lain, saya lihat ramai orang lebih tertarik dengan isu tampar ini berbanding ambil tahu apa itu TN50. Oleh itu mari kita ketahui serba sedikit tentang TN50 secara ringkas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TN50 atau Transformasi Nasional 2050 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Masih ingat lagi dengan Wawasan 2020 dulu? TN50 ini adalah rancangan untuk masa hadapan selepas 2020.

Gambar: Themalaymailonline

TN50 diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan bajet 2017 tahun lepas. TN50 akan menjadi platform dalam usaha membentuk Malaysia kearah negara yang lebih baik pada masa akan datang.

Visi ini melibatkan golongan anak muda dalam waktu yang sama dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan pemikiran jitu anak muda Malaysia serta mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ sebagai identiti bangsa negara. Jadi lepas ni kalau orang tanya, “kau bangsa apa?” jawapannya, Bangsa Malaysia.

TN50 akan menjadi medan ‘terbuka’ untuk kerajaan mendengar pendapat anak muda bagaimana Malaysia akan dibangunkan kira-kira 30 tahun lagi. TN50 adalah visi baharu dalam melakar Malaysia mengikut kaca mata orang muda.

Gambar: Themalaymailonline

Senang kata, TN50 adalah platform untuk anda menyumbang pendapat atau idea bagi membentuk Malaysia mengikut acuan kita sendiri tanpa sebarang pengaruh luar dan jauh daripada sebarang unsur asing.

Jadi tidak kira apa bangsa, agama dan taraf sosial kita sekali pun sama ada golongan profesional, pensyarah, pegawai kerajaan, mahasiswa, buruh, nelayan mahupun petani boleh bersama-sama menyumbangkan idea melalui TN50 dalam usaha membentuk Malaysia sebuah negara yang lebih baik pada masa hadapan.

TN50 adalah tempat untuk anda suarakan pendapat atau idea apa yang anda mahu Malaysia jadi pada masa akan datang. Tapi kalau kena tampar yang tu saya tak tahu. Kah! Opsss.

Yang isu tampar baharu-bahru ini saya tak tahu, tapi mereka semua ni pengiat seni. Dah biasa belakon, dan satu lagi nama pun Mat Over, mestilah. Ok, gurau saja.

Ketahu lebih lanjut tentang TN50 di sini.