Sekiranya anda mencari telefon pintar dengan harga mampu milik, Neffos X9 mungkin antara yang boleh anda pertimbangan. Neffos X9 yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu oleh TP-link, kami telah mencuba telefon pintar tersebut. Berikut adalah ulasan kami setelah mencubanya.

Skrin

Neffos X9 hadir dengan paparan skrin FullView bersaiz 5.99 inci dengan resolusi HD+ 1440×720 dan ratio 18:9 yang sering digunakan oleh pelbagai peranti di pasaran sekarang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saiz skrinnya besar dan cukup puas untuk kegunaan harian. Walaubagaimanapun buat mereka yang gemar bermain game, menggunakan Neffox X9 mungkin kurang memuaskan berikutan penawaran kualiti skrin yang kurang memuaskan berbanding beberapa model telefon pintar lain dipasaran.

photo_2018-10-02_12-07-38

Spesifikasi

Neffos X9 ini dilengkapi dengan processor MediaTek MTK6750. Dari ruang storan dan RAM, model ini turut hadir dengan dua variasi model yang berbeza iaitu model RAM 3GB bersama 32GB ruang storan serta RAM 4GB dengan ruang storan 64GB. Selain itu, Neffox X9 turut disokong dengan penyertaan kad microSD sehingga 128GB. Buat anda yang gemar mengambil gambar, anda kini tidak perlu risau kerana mempunyai storan yang besar.

photo_2018-10-02_12-07-49

Kamera

Neffos X9 mempunyai sistem dwi-kamera 13MP + 5MP f/2.0 di bahagian belakang yang juga mempunyai sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang menjanjikan gambar-gambar yang tajam malah Neffos ini juga dilengkapi dengan kamera pandang hadapan 8MP.

IMG_20180806_214855
gambar yang diambil dengan neffos x9
IMG_20180804_085846_HDR
gambar yang diambil dengan neffos x9
IMG_20180804_090657
gambar yang diambil dengan neffos x9
IMG_20180804_091843
gambar yang diambil dengan neffos x9

Neffos X9 nampaknya tidak ada masalah untuk mendapatkan gambar pada waktu siang dan namun kualiti gambar yang diambil pada keadaan cahaya gelap agak kurang memuaskan..

Adakah berbaloi?

Dari segi harga, Neffos X9 dengan spesifikasi memori 3GB dan storan 32GB dijual pada harga RM599, manakala spesifikasi memori 4GB dan storan 64GB akan dijual dengan harga RM799.

Dengan tanda harga yang disebutkan, anda anda bepeluang mendapatkan Neffos X9 atau buat mereka yang mahukan spesifikasi telefon pintar yang lebih baik, mendapatkan model daripada jenama Nokia, Samsung atau Xiaomi antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.