Seperti tahun-tahun sebelumnya, Samsung tidak lama lagi bakal melancarkan model terbaru daripada siri Galaxy iaitu Samsung Galaxy S9. Melalui model ini, ramai yang menjangkakan Samsung bakal membawa perubahan besar-besaran bagi memberi saingan kepada pencabar terdekat mereka iaitu Apple.

Berdasarkan ura-ura terbaru, Samsung Galaxy S9 bakal diperkenalkan dengan hanya satu kamera. Seperti model sebelumnya, Samsung Galaxy S9 bakal diperkenalkan dengan dua variasi iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Penggunaan processor terbaru serta RAM sehingga 6 GB antara yang dijangkakan.

Samsung-Galaxy-S9-render_5

Samsung-Galaxy-S9-render_12

Samsung-Galaxy-S9-render_7

Selain itu, Samsung Galaxy S9 mungkin sekali lagi diperkenalkan dengan pengimbas cap jari dibahagian belakang sepertimana model sebelumnya. Menariknya, pengimbas cap jari kali ini diletakkan dibahagian bawah untuk capaian yang lebih mudah.

Ura-ura terbaru ini sekaligus melenyapkan harapan peminat Samsung untuk mendapatkan pengimbas cap jari dibahagian atas skrin seperti mana ura-ura sebelum ini.

Masih berbaki hampir 4 bulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S9 dilancarkan secara rasmi. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan Samsung pada model terbaru mereka pada kali ini.