Pada September 2013, iPhone 5c diumumkan sebagai altenatif kepada iPhone 5s yang menawarkan harga yang lebih rendah dan variasi pilihan warna. Percaturan Tim Cook nampaknya gagal apabila iPhone 5c kurang mendapat sambutan berbanding berbanding iPhone yang lain.

Penggemar iPhone yang kurang berminat dengan saiz skrin yang ada pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus lebih berminat untuk kekal dengan menggunakan iPhone 5s disebabkan faktor skrin yang bersaiz 4 inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Trend penggunaan skrin bersaiz 4 inci ini bukan sahaja disukai oleh pengguna diluar negara malah turut diikuti di Malaysia. Nampaknya pendapat Steve Jobs tentang penggunaan telefon melebihi 4 inci masih releven selepas beberapa tahun.

quote-no-one-is-going-to-buy-a-big-phone-steve-jobs-105-79-18

Kami dapati idea Apple untuk melancarkan sebuah iPhone yang bersaiz skrin ini merupakan idea yang baik berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna. Berdasarkan beberapa sumber, Apple akan melancarkan iPhone mereka yang akan diberi nama iPhone 5SE atau iPhone SE.

iPhone SE akan dilengkapi dengan spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 dan akan disertai dengan Touch ID. iPhone dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan A8 dan M8 motion coprocessor dimana akan menyokong NFC untuk penggunaan Apple Pay. Fungsi Force Touch kemungkinan akan dikekalkan buat iPhone 6s buat masa ini untuk mengekalkan ciri-ciri premium iPhone 6s.

Dari segi prestasi ramai yang tidak kisah kerana umum tahu Apple akan sentiasa memberikan prestasi yang baik buat telefon pintar keluaran mereka tetapi tidak bagi rekabentuk iPhone SE.

Terdapat ura-ura yang mengatakan saiz iPhone SE akan mirip dengan iPhone 5s dan iPhone SE bakal menggunakan kerangka yang sama seperti iPhone 6.

Jangkaan rekabentuk iPhone SE juga menjadi tanda tanya berikutan beberapa laman web mengeluarkan rekabentuk iPhone SE yang berbeza. Berikut merupakan jangkaan rekabentuk iPhone SE yang akan diumumkan nanti:

c9432858291d8dff61a5f7ce65ff6a03da90f374_4878.0

CcZgU6mW0AAQ7X7 (1)

Setakat ini Pihak Apple belum mengumumkan sebarang tarikh untuk pelancaran iPhone terbaru mereka dan dijangka akan membuat pelancaran seawal bulan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=p8la5yjlPcs