Para saintis akhirnya menemui punca sebenar sebalik kepupusan hidupan bumi. Diterbitkan bulan lalu dalam jurnal saintifik Geologi, penemuan mereka menunjukkan pemanasan global – bersama-sama dengan letusan gunung berapi dan anoxia (kehabisan oksigen) – telah mencetuskan kepupusan besar-besaran sekitar 445 juta tahun yang lalu.

Kemusnahan hidupan bumi pertama kali berlaku pada akhir era Ordovician dan telah membunuh lebih 85% spesies hidupan yang ada di zaman tersebut. Kepupusan ini dipercayai berlaku dalam beberapa fasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fasa pertama dikaitkan dengan penyejukan dan glasiasi, sementara fasa kedua dikaitkan dengan pemanasan dan anoxia. Para saintis terdahulu percaya bahawa glasiasi global telah mengurangkan jumlah air yang ada untuk hidupan laut. Bekalan oksigen mula menurun apabila lapisan ais mencair disebabkan pemanasan global. Kejadian ini kemudian menghapuskan sebahagian besar hidupan laut.

Walaupun kepupusan yang berlaku pada era Ordovician dianggap sesuatu yang berbeza berbanding dengan peristiwa kepupusan yang lain. Bagi saintis David Bond dan Stephen Grasby mereka mempunyai pandangan yang berbeza. “Kemusnahan [pada zaman] Ordovician selalu dianggap berbeza,” kata Stephen Grasby kepada New York Times. “Penyejukan itu tidak pelik, kerana sama sahaja dengan ‘kemusnahan yang dikaitkan dengan pemanasan [global]’.”

Hipotesis mereka menyokong senario di mana gas rumah hijau, yang berasal dari letupan gunung berapi, telah menyebabkan pemanasan sehingga berlakunya kemusnahan kehidupan bumi. Penemuan mereka masih mengakui kejadian glasiasi pada masa itu, tetapi para penyelidik mengatakan pemanasan global akibat gunung berapi telah menyebabkan musim sejuk yang melampau dan telah berakhir dengan kepupusan dan kemusnahan hidupan secara besar-besaran.

Mereka membuat kesimpulan ini setelah menguji batu-batu dari zaman Ordovician akhir yang dijumpai di selatan Scotland. Dengan terdedah kepada haba yang tinggi, para saintis dapat mengukur unsur merkuri yang ada di dalam batu tersebut – ini menunjukkan batu itu berasal dari persekitaran gunung berapi dan perairan yang telah deoksigenasi.

Penemuan ini sangat penting kerana kita dapat belajar bagaimana pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia mampu mempercepatkan kepupusan dan kemusnahan bumi secara besar-besaran.

Tahukah anda pada 900 tahun dahulu, bulan pernah hilang dari langit? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tahukah Anda Pada 900 Tahun Dahulu, Bulan Pernah Hilang Dari Langit?

Lihat Bagaimana Pemanasan Global Mengubah Bentuk Muka Bumi Switzerland Secara Drastik

Mengapa Kita Perlu Risau Jika Hutan Amazon Musnah Dalam Kebakaran