Seorang usahawan terkenal, Nadhir Ashafiq pemilik The Lorry dan Forbes Under 30 berkongsi di halaman Facebook beliau mengenai rancangan kegemaran yang terkenal di US iaitu Shark Tank.

Tuan Nadhir berkongsi tentang minat beliau menonton Shark Tank sejak daripada musim pertama. Selain daripada TV show yang menarik, Shark Tank juga memberikan input yang bagus dan bermanfaat kepada usahawan di luar sana. Berikut disimpulkan beberapa soalan yang wajib ditanya berdasarkan pemerhatian beliau sepanjang menonton siri Shark Tank

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1. Produk

Apakah masalah yang diselesaikan oleh produk? Pada waktu ini peserta harus menunjukkan keperluan dan penyelesaian kepada masalah besar. Siapakah pesaing produk dalam pasaran dan apa keunikan produk kita dari segi teknologi, paten dan lain lain lagi? Bagaimana datangnya idea ini dan biasanya para usahawan akan menjawab untuk memberikan impak, memberikan inspirasi kepada orang lain.

2. Pasaran

Soalan lazim biasa ditanya berapa jumlah market shares untuk produk ini dan siapakah sasaran pengguna mereka. Pada masa yang sama, mereka akan kaji mengenai brand positioning atau kekuatan jenama sesebuah produk. Sekiranya produk tersebut sudah tersedia di dalam pasaran para shark akan lebih cenderung untuk tidak melabur.

3. Model bisnes

Dimana produk tersebut boleh dijual dan berapakah kos untuk mendapatkan seseorang pelanggan. Soalan seterusnya ialah bagaimana cara bisnes ini menjana pendapatan berdasarkan bisnes model yang ditawarkan?

4. Kewangan

Dari segi kewangan, soalan kewangan yang kerap ditanya adalah berapakah jumlah jualan bagi sejumlah waktu dan berapa jumlah kos keseluruhan bagi seunit produk. Berdasarkan data ini, beliau boleh mengira jumlah anggaran keuntungan secara kasar.

Disinilah mereka menilai margin keuntungan sama ada berbaloi atau tidak untuk melabur. Sekiranya kos tinggi serta margin keuntungan hanyalah sekitar 10-20%, sudah pasti mereka tidak memberikan tawaran.

5. Penilaian

Bagaimana valuation atau penilaian dibuat? Jika penilaian sesuatu bisnes itu diluar jangkaan, biasanya mustahil untuk mana mana sharks masuk. Kebiasaannya mereka akan cuba tawar-menawar sehingga ke titik persetujuan.

Sementara itu Faiz selaku penulis di Blog Kewangan InvestorMY pula berkongsi pemerhatian beliau mengenai gaya pelaburan yang berbeza daripada setiap ‘shark’.

1. Mark Cuban

103896054-sharktank-cuban-bio-photo-v2-1910×1000.1910×1000

Pada usia muda di waktu DotCom Crash, Yahoo telah pun acquire Broadcast.com kepunyaan Mark Cuban dengan nilai $5.7Billion. Dalam TV Show Shark Tank, Mark lebih memikirkan beberapa perkara seperti apa yang beliau boleh tambah nilai untuk scaling up, selalu membuat tawaran semula dengan nilai saham lebih dari 33.33% kerana merasakan nilai yang diberikan oleh beliau sangat tinggi.

Pada masa yang sama, Mark Cuban sangat teliti kepada siapa wang beliau akan dilaburkan. Dalam season 10, episod 2, Mark Cuban meletakkan pelaburan beliau pada seorang wanita yang sangat cekal walhal kesemua shark telah pun ‘out of the deal’.

2. Lori Greiner

lori-grenier-judge-on-shark-tank-mst

Lori Greiner sangat terkenal dengan gelaran Queen of QVC. QVC merupakan rancangan televisyen terkenal di US. Pada tahun 2012, Lori Greiner telah melabur pada sebuah bisnes dengan nilai pemilikan 20% untuk $200k. Selepas itu, Scrub Daddy melonjak naik jualannya kepada $50 juta.

Dengan ketenangan yang beliau ada, Lori Greiner lebih suka melihat kaitan anda produk yang dibentangkan dengan QVC beliau. Jika beliau merasakan produk tersebut boleh meletup di QVC, Lori akan memberikan tawaran. Kalau dilihat kembali, majoriti tawaran dari Lori Greiner diberikan kepada produk runcit atau berkaitan dengan wanita.

3. Kevin O’Leary

104901871-IMG_6973r-kevin-oleary.1910×1000

Kevin O’Leary seorang yang sangat terkenal dalam bidang kewangan dengan O’leary Fund. Nampak kelakar tetapi lelaki yang self claim dirinya Mr Wonderful merupakan ‘real face of capitalism’ dalam Shark Tank. Pendekatan beliau yang sangat defensif dan kreatif dalam membuat tawaran.

Majoriti tawaran beliau berbentuk royalti, soft loan, convertible loan dan sebagainya. Tujuannya untuk mengurangkan risiko dan play safe. Kata beliau bila disindir oleh Sharks yang lain, “Nevermind, learn grasshopper learn.”

4. Robert Herjavec

104909455-GettyImages-862102104.1910×1000

Digelar Shark yang paling baik, Robert merupakan anak seorang imigran yang terpaksa berpindah ke US untuk meneruskan kehidupan. Hari ini beliau telah pun sukses dengan syarikat Network Security yang dianggarkan bernilai lebih $200juta.

Pendekatan Robert biasanya sangat berterus terang dalam membuat pelaburan. Minat beliau lebih kepada produk berkaitan muzik, sukan dan kereta.

5. Barbara Corcoran

UADWM6HDDHLTQFJVLVCCJAYSHI

Wanita ini merupakan orang yang sukar untuk kita lihat beliau membuat tawaran tetapi jika beliau membuat tawaran, boleh dikatakan kejam. Secara purata, beliau akan meminta saham lebih dari 40% dengan nilai ask price yang sama.

6. Daymond John

daymond-john-net-worth

Pemilik jenama FUBU iaitu Daymond John lebih tenang dengan gayanya yang tersendiri. Prinsip beliau yang sangat ketara ialah melabur di tempat yang kita faham sahaja. Jadi tidak hairanlah kita lihat Daymond seorang yang cool dan kerap out of the deal. Untuk dapatkan tips pelaburan dari Sharks, silakan tonton video ini:

Dipendekkan cerita rancangan yang menarik seperti ini seharusnya ada di Malaysia. Cuma soalan kami kepada anda, siapakah yang anda rasa layak dan berkredibiliti untuk jadi Shark untuk TV Show sebegini jika ada di Malaysia.