Nokia merupakan sebuah jenama telefon pintar yang telah lama menapak di Malaysia. Pada bulan Mei yang lalu, Nokia Mobile telah memperkenalkan beberapa produk baru iaitu Nokia 2.1 dan Nokia 3.1 yang merupakan kemaskini kepada model sebelum ini iaitu Nokia 2 dan Nokia 3.

Model Nokia 2.1 mula ditawarkan pada harga RM415, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar tanpa mahu berbelanja besar bagi mendapatkan telefon pintar berspesifikasi asas. Bagi model Nokia 3.1 pula, model ini mula ditawarkan pada harga RM655. Kami sempat mencubanya dan ini merupakan ulasan kami setelah mencubanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2018-10-01_13-54-44

Nokia 2.1 menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, manakala Nokia 3.1 hadir dengan skrin 5.2-inci dengan nisbah skrin 18:9. Nokia 2.1 dijana menggunakan cip Snapdragon 425, dan memori 1GB RAM manakala Nokia 3.1 dijana cip MediaTek 6750, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Nokia 2.1 hadir dengan ketahanan bateri yang lama kerana bateri berkapasiti 4000mAh menjadikan ianya satu kelebihan. Nokia 2.1 berspesifikasi asas ini menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan autofokus manakala Nokia 3.1 hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Berikut merupakan perbandingan hasil kualiti kamera yang telah kami jalankan.

IMG_20181001_143156
Gambar yang diambil dengan model Nokia 2.1
IMG_20181001_143227
Gambar Yang diambil dngan model Nokia 3.1
IMG_20181002_100905
gambar yang diambil dengan nokia 2.1
IMG_20181002_100938
gambar yang diambil dengan nokia 3.1
IMG_20181002_101017
gambar yang diambil dengan nokia 2.1
IMG_20181002_101001
gambar yang diambil dengan nokia 3.1

Buat anda yang sedang mencari telefon pintar berjenama serta tidak mahu berbelanja besar, mendapatkan Nokia 2.1 dan Nokia 3.1 ini antara pilihan yang baik.