Seperti yang mungkin anda sedia maklum, pihak kerajaan pada bulan ini telah mengumumkan Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dijalankan seawal tahun hadapan. Program ini turut diperincikan sekali lagi dalam Belanjawan 2020 beberapa yang lalu.

Sejak mula diumumkan, pelbagai tanda tanya muncul dikalangan rakyat khususnya melibatkan penerimaan bantuan ini. Antara keluhan yang disebutkan adalah kegagalan golongan M40 untuk turut menerima bantuan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Saifuddin-Nasution
Sumber: Malaysia Dateline

Terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan bantuan PSP yang sebelum ini dicadangkan untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal turut diperluaskan kepada golongan pertengahan atau M40 yang memiliki tidak lebih dua buah kereta atau dua buah motosikal.

Berdasarkan syarat yang dikeluarkan, kenderaan yang dimiliki seharusnya menepati kriteria yang ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah atau kereta melebihi 1,600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas. Motosikal 150cc dan ke bawah atau motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas antara yang tersenarai.

photo6127249256017406188

Bantuan Program Subsidi Petrol ini bakal dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kalayakan. Kategori pertama adalah penerima BSH iaitu golongan B40 yang layak dimana subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah RM30 sebulan dan RM12 untuk pemilik motosikal.

Kategori kedua pula dikhususkan buat pemandu yang layak dan bukan penerima BSH. Golongan ini akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan untuk motosikal.

Bantuan Program Subsidi Petrol ini yang sebelum ini disasarkan buat 2.9 juta penerima BSH di Semenanjung Malaysia dijangka bakal ditawarkan kepada 8 juta pemandu yang layak menerusi pengumuman baru yang dibuat. Pengenalan program ini diumumkan kerajaan sebagai langkah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Bersempena dengan Belanjawan 2020 yang diumumkan baru-baru ini, kami kongsikan kepada anda beberapa insentif yang diumumkan pihak kerajaan. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan RM30 Dalam ‘E-Wallet’

Peruntukan Untuk E-Sukan Meningkat Kepada RM20 Juta Tahun Hadapan

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Sumber