Semalam, kami telah berkongsi kepada anda tentang pengumuman Digimon untuk melancarkan semula Vpet yang telah menjadi nostalgia zaman-zaman kanak-kanak kita.

Berikutan respon yang positif serta ramai daripada pembaca yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, kami ingin berkongsi kepada anda beberapa fungsi tambahan yang bakal disertakan pada Vpet versi terbaru ini.

  1. Hadir dalam 2 warna sahaja

Sempena ulang tahun Digimon ke-20 ini, Pihak Bandai telah melancarkan semula Digivice ini dalam 2 warna berbeza iaitu kelabu dan coklat. Adakah warna memain peranan? Sudah tentu!

Warna coklat bakal disertakan dengan Agumon manakala Gabungan bakal tersedia khas buat Vpet bewarna kelabu. Meskipun sudah 2 dekad permainan ini dilancarkan, Pihak Bandai tidak pernah mengecewakan peminat dengan kehadiran Omnimon. Cara untuk mendapatkan Omnimon adalah dengan menggabungkan Vpet coklat dan kelabu.

2. Gabungan kesemua Digimon daripada pelbagai versi

Jika 20 tahun dahulu, peminat Digimon perlu mendapatkan sebanyak 5 Vpet untuk bermain versi-versi yang berbeza, kini anda tidak perlu lagi dengan kehadiran Vpet terbaru. Kesemua Digimon bakal disertakan di dalam satu Vpet membolehkan pengguna mendapatkan lebih 154 Digimon termasuk kehadiran Digimon ‘rare‘ iaitu Zubamon.

3. Cara training yang berbeza

Buat julung kalinya, pengguna diberi peluang untuk mengawal 2 Digimon secara serentak. Masa training untuk kedua-dua Digimon juga dipercepatkan berbanding versi sebelum ini. Tidak lah bosan menunggu bukan?

4. Cara battle yang berbeza

Menggunakan Vpet edisi terbaru ini, pengguna berpeluang untuk battle secara tag-team dimana cara bertempur 2 lawan 2 kini disertakan. Cool! Selain itu, Pihak Bandai turut memperkenalkan cara battle Digimon secara online. Fungsi terbaru ini bakal dikongsikan dengan lebih lanjut daripada Pihak Bandai kelak.

5. Bagaimana cara untuk mendapatkannya

Ternyata minat orang ramai terhadap Digimon masih tinggi. Tidak dilupakan juga generasi yang meminati Digimon kini majoritinya sudah bukan lagi kanak-kanak mahupun remaja malahan sudah ramai yang menjadi seorang ayah. Kami faham, mendapatkan Vpet pada masa sekarang bukan lagi suatu perkara yang mudah.

Buat anda yang berminat yang berminat untuk menempah Vpet edisi terbaru, anda boleh layari ke laman web Bandai Japan dengan harga 3,780 Yen (~RM145.73). Digivice yang ditempah bakal mula dihantar bermula bulan Jun ini. Berikutan laman web yang memaparkan Bahasa Jepun, terdapat pembaca Vocket yang mencadangkan agar kami menjadi penjual. Maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

Walaubagaimanapun, khas buat peminat Digimon seluruh Malaysia, anda boleh sertai Digimon Malaysia Market Place. Laman setempat untuk kembalikan nostalgia anda dengan mendapatkan Vpet. Oh ya, anda turut berpeluang untuk ikuti pra tempahan daripada wakil penjual di dalam group ini disamping mendapatkan Vpet atau model Digivice ‘rare’ yang sudah lama di dalam pasaran.

Sedikit #throwback khas buat para peminat Digimon suatu ketika dahulu. Ayuh! Jom cari kembali rakan-rakan yang pernah anda battle suatu ketika dahulu untuk bangkitkan semula komuniti Digimon ini semula.