Huhuhuhu. Nampak? Sekeping roti putih bodoh sapu butter pun depa boleh buat jual. Pertama kali nampak roti sempoi ni terus beli kat 7E Krabi. Walaupun saya tau, alehhh tak yah la beli. Buang duit je. Tapi saya tak mampu menolak nafsu nak membeli.

Betul. Manusia beli kerana ’emosi. Beli sebab dia suka. Yup. Hanya packaging buat kita tertarik nak beli. Pandangan mata boleh buat kita terpedaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

roti-bodoh-1

roti-bodoh-2

Kita yang niaga jenuh dok buat roti pintal inti macam-macam nak bagi sedap dan menarik. Betul? Tapi packaging kita hanya boh plastik biasa dan tepek harga.

Kalau kita kasi upgrade pakaging bagi menarik dan nampak macam ‘London’ sikit mesti sempoi. Baru boleh pukau customer keluarkan duit dalam poket depa.

Cuba kalau saya jual kat KL macam ni. Mesti ramai kata…”Lah. Baik beli roti sapu sendiri. Lagi jimat”.

Betul ke betul?

Saat ni teringat ilmu MMM dari mentor saya Dr Hj Azizan Osman.

“Kita kalau niaga apa pun boleh berjaya kalau ada ilmu dan sistem”.

Sebagai contoh:

1. 1 botol air minuman 100ml berharga RM1.00 rupa botol itu biasa. Design simple.

2. 1 botol air mineral 100ml. Design nampak lebih menyerlah. Ala ala cafe kat London sana. Sangat la internasional. Bahagian penutup botol tu ditukarkan kepada penutup boleh laras. Senang nak sedut air. Botol pulak ada lekuk sini sana. Effect 3D. Harga RM4.50

Fikir jap. Masa ni selalunya akal kita akan berhujah dalam kepala. Akal mengakalkan kita. Sebenarnya kita nak kan isi dalam botol tu saja kan. Ke nak makan skali dengan botol tu? Tidak kan.

Tup tap. Segala ilmu kepandaian tahap tertinggi pun boleh tewas. Kita pun beli. Minum dengan 2 kali teguk. Settle. Dan buang botol tadi.

Hurm.

Kepada sesiapa yang ada produk d iluar sana. Ambil masa dan tenung packaging kita. Kalau perlu upgrade kita kasi upgrade. Bagi nampak internasional sikit.

Gulai Rebung mak kita kat cerukk dapur tu kalau di paketkan dalam packaging cantik dan sesuai pun mesti gempak.

Jelas tak maksud saya?

Baca lagi: 5 Perkara Saya Belajar Tentang Trading Durian Dengan Hanya Proton Persona