Anda mungkin mengenali syarikat McDonald’s sebagai sebuah restoran fast food dengan rangkaian yang banyak serata negara. Mengeluarkan menu baru untuk menarik orang ramai sudah menjadi kewajipan di dalam bisnes mereka.

Namun jika dilihat akhir-akhir ini McDonald’s USA telah mula memperkenalkan barangan-barangan edisi terhad khusus untuk menarik perhatian golongan muda. Antaranya adalah smart keyboard, pengilat kuku, speaker dan produk terbaru yang dikeluarkan McDonald’s adalah penyedut minuman. Ya, sekadar penyedut minuman biasa dan ianya dikenali sebagai ‘the STRAW’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Iklan penyedut minuman yang pada mulanya saya ingat sekadar parody ini nampaknya teryata wujud setelah McDonald’s bakal mengeluarkan sejumlah 2,000 unit ‘the STRAW’ khusus untuk McDonald’s sekitar Amerika Syarikat. Jom tonton iklan ini terlebih dahulu sebelum saya membincangkan tentang teknik iklan Apple serta syarikat lain.

https://www.youtube.com/watch?v=zc7hmqrGyPE

Sudah selesai tonton? Memang troll habis cara McDonald’s perkenalkan penyedut minuman yang penuh dengan ‘innovation‘ ini. Bermula dengan cara penyampaian menggunakan british accent, ekspresi muka yang penuh yakin dan terakhir sekali adalah menunjukkan kajian yang dilakukan pihak penyelidik.

Paling penting sekali adalah background putih yang sudah menjadi trademark buat setiap iklan Apple. Memang sama betul dengan iklan Apple.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir mengapa Apple begitu konsisten menghasilkan iklan yang mempunyai konsep dan jalan cerita yang hampir sama untuk semua produk.

Lebih ironi apabila pendekatan yang dilakukan ini dilakukan oleh syarikat yang berbelanja besar untuk marketing setiap tahun. Tak mungkin Apple tak ada idea yang lebih best setelah sekian lama memaparkan style iklan yang hampir sama.

Jawapannya adalah kerana iklan yang dipaparkan Apple ini bukan sahaja masih releven malah berjaya untuk ‘menjentik’ hati pengguna untuk mendapatkan produk keluaran Apple meskipun diakui overpriced oleh para pengguna produk Apple.

  1. Penjelasan produk yang jelas

Bermula dengan penceritaan bagaimana Apple begitu ‘risau’ terhadap masalah yang dihadapi pengguna seterusnya menceritakan perjalanan mereka dalam menyelesaikannya.

Untuk menguatkan sokongan terhadap produk keluaran mereka, Apple menjemput pakar didalam bidang yang berkaitan untuk menjelaskan dengan gaya yang penuh penuh yakin terhadap inovasi yang dilakukan.

2. Penyelidikan yang dibuat

Saya lihat penceritaan terhadap penyelidikan produk ini lebih kepada memaparkan betapa serius syarikat Apple dalam menghasilkan sesuatu produk untuk meyakinkan pengguna.

Menceritakan tentang penggunaan material berkualiti tinggi ini secara tidak langsung membuatkan para pelanggan merasakan harga mahal yang diletakkan Apple ini releven dan berbaloi untuk didapatkan.

Hasrat Apple adalah diakhir iklan mereka, para pelanggan bakal mengetahui produk mereka diyakini para pakar, telah dihasilkan selepas beberapa kajian dibuat dan ditambah pula dengan ‘hype‘ jenama itu sendiri akan membuatkan pelanggan mendapatkannya. Jumlah penjualan mereka setiap tahun menjelaskan segalanya.

3. Mengapa seringkali Apple menjadi mangsa ‘buli‘?

Menumpang populariti atau ‘ride the hype‘ juga sering dilakukan oleh syarikat-syarikat lain untuk memasarkan produk mereka dengan jayanya. Ini sebabnya anda akan melihat asyik-asyik iklan Apple sahaja yang menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ‘parody’. Hasilnya, iklan seperti ini mudah mendapat perhatian pengguna sekaligus meningkatkan nama jenama mereka.

Tidak dinafikan, sesetengah ‘inovasi’ teknologi yang dilakukan Apple bukanlah yang terbaik atau yang pertama. Namun gaya iklan dan marketing daripada Apple ini sentiasa menjadi rujukan syarikat-syarikat gergasi yang lain. Siapa sangka cetusan idea Steve Jobs bersama rakan pasukan ini berjaya menjadi sebuah idea yang evergreen setidaknya untuk sedekad terakhir ini.

Sumber