Bosan dengan rutin harian menjadi seorang pemain klarinet profesional telah mendorong James Freeman untuk membuka kedai kopi sulungnya di Oakland. Hasratnya cuma satu, menawarkan pengalaman meminum kopi yang segar dan enak seperti yang belum pernah dihidang pada kedai-kedai lain.

Berjaya menawarkan lifestyle hipster dan kedai kondusif buat para pelanggan, Blue Bottle yang pada mulanya bergerak secara solo telah menjadi sebuah perniagaan francais. 15 tahun berlalu, Blue Bottle kini telah mempunyai 40 cawangan dimana 34 darinya terletak di Amerika Syarikat manakala 6 lagi di Jepun.

nestle kuasai blue bottle
‘Pada satu tahap, keenakan rasa kopi antara apa yang dicari pelanggan kami’ – James Freeman

Peningkatan yang mendadak di dalam jangka masa 15 tahun inilah yang menjadi faktor utama Nestle berminat untuk menguasai saham Blue Bottle yang mula termeterai pada hari ini. Dengan nilai lebih daripada $700 juta (~RM2.93 billion) Nestle kini sah menjadi pemegang saham Blue Bottle sebanyak 68 peratus.

Pengambilalihan syarikat Blue Bottle ini sekaligus menjadikan Nestle serta anak syarikatnya Nespresso sebagai syarikat penawaran kopi terbesar dunia dibelakang Starbucks.

Proses syarikat-syarikat ‘gergasi’ menguasai syarikat-syarikat kecil ini bukanlah sesuatu yang baru. Di dalam arena bisnes dunia digital, anda boleh lihat contoh yang seakan sama dimana Facebook menguasai Instagram manakala Google menguasai platform YouTube.

Apa yang menarik perhatian kami adalah bagaimana ringkasnya perjanjian serta roadmap hasil kerjasama Nestle dan Blue Bottle. Masing-masing bekerjasama melengkapkan satu sama yang lain dan dalam masa yang sama membolehkan Blue Bottle berkembang dengan bebas hasil modal yang diperuntukkan daripada Nestle

Bagaimana Nestle dan Blue Bottle sama-sama untung

blue-bottle-coffee-8

Seringkali kita dicandu dengan ura-ura yang mengatakan pembelian syarikat besar bakal membuatkan pengasas atau syarikat kecil tidak lagi dominan. Namun semuanya sebenarnya bergantung kepada perjanjian syarikat.

Melalui perjanjian yang dibuat kedua-dua syarikat ini, Blue Bottle masih lagi berpeluang untuk bergerak solo dan standalone. Dalam masa yang sama Blue Bottle berpeluang meningkatkan penawaran menu kopi mereka melalui rangkaian produk dibawah Nestle seperti Kit Kat dan Crunchy.

Pengambilalihan ini juga telah membuka jalan buat Blue Bottle untuk menguasai pasaran di sekitar Asia pula setelah berjaya mendapat sambutan hangat di Jepun melalui bantuan Nestle.

0031 Blue Bottle by Amelia Holowaty Krales

blue-bottle-coffee-brooklyn

Dari sudut Nestle, mereka melihat penambilalihan ini sebagai pelan keuntungan dalam jangka masa panjang. Berdasarkan data daripada NYTimes, peningkatan rakyat Amerika Syarikat dalam tabiat meminum kopi sehingga 20% antara yang mendorong Nestle mendapatkan Blue Bottle.

Rasanya masih belum terlambat langkah yang dilakukan Nestle kerana Blue Bottle bakal meningkatkan jumlah francais mereka sehingga 55 cawangan menjelang akhir 2017 ini.

Apa yang dapat kita pelajari disebalik penambilalihan

Nestle kuasai Blue Bottle

Terlalu banyak yang dapat saya simpulkan berdasarkan kisah bekas pemain klarinet ini. Perjalanan yang jauh buat James Freeman selaku pengasas yang bermula dengan sebuah kedai kopi kecil sehingga menjadi pengasas syarikat yang dinilai dengan harga mencecah billion ini.

Buat Blue Bottle, boleh dikatakan 15 tahun yang telah dilalui merupakan waktu yang gemilang dalam jangka masa yang singkat berdasarkan prestasi nilai syarikat mereka ketika ini.

Sekiranya anda mempunyai passion dalam sesuatu perkara, mulakan segera. Masih belum terlambat untuk memulakan apa yang anda inginkan. Tidak kisah jika ianya dalam skala kecil. Anda masih berpeluang untuk membesar dari semasa ke semasa.

maxresdefault

Dari perspektif syarikat, pengambilalihan syarikat bukanlah suatu pengakhiran malah ianya mungkin suatu permulaan dalam membesarkan syarikat. Pengasas mungkin hilang pegangan dalam syarikat, namun pengasas berjaya memegang nilai yang besar dalam percent yang lebih kecil.

Selain itu, Blue Bottle pula diberikan akses untuk laluan bisnes yang lebih luas serta modal yang tinggi untuk mengembangkan bisnes model mereka. Sekiranya langkah yang dibuat mampu menjimatkan 50 tahun proses pengembangan syarikat mengapa katakan tidak?

Melihat kepada komen positif orang ramai terhadap kopi ini, kami harap Blue Bottle akan segera mengumumkan rangkaian francais sulung mereka di Malaysia tidak lama lagi.

Baca lagi: 3 Perkara Yang Saya Belajar Disebalik Syarikat Xiaomi Yang ‘Untung Dalam Rugi’