Setiap keluarga pasti pernah merancang jumlah anak yang ideal. Benar, anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga buat kita. Namun, lain pula keadaannya jika anda mempunyai kekangan kewangan ataupun kemampuan dari segi kesihatan dan lain lain.

Hal ini menjadi perdebatan di kalangan masyarakat dunia. Terdapat pihak yang mengatakan orang ramai tidak boleh menggunakan kaedah family planning kerana menganggap tindakan ini seperti menidakkan rezeki daripada Tuhan. Dari satu sudut pula, kita perlu faham bahawasanya kaedah family planning ini terpakai kepada golongan tertentu sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1548

Menurut statistik yang dikeluarkan, setiap tahun terdapat 340,000 wanita meninggal dunia atau mengalami komplikasi. Menurut pakar, statistik ini dapat dikurangkan menggunakan kaedah family planning yang betul. Harus diingatkan kita tidak dapat melawan takdir dari Tuhan tetapi tidakkah ikhtiar itu perlu dan mencegah lebih baik dari mengubati?

Pada masa yang sama, terdapat 1.5juta wanita mempunyai risiko hilang upaya selepas kelahiran anak. Menurut pendapat para ulama pula, hukum family planning adalah harus bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan.

Sebagai contoh, bayangkan seorang ibu melahirkan seorang anak pada tahun 2017 kemudian 2018 beranak lagi walhal tubuh memerlukan rehat dan jarak masa antara anak pertama dan kedua. Badan yang tidak cukup rehat menyebabkan wanita tersebut lesu dan kesannya jangka masa panjang ditambah pula dengan tugas hakiki di pejabat setiap hari.

pexels-photo-173666

Tidak perlu menjadi manusia yang terlalu hebat dalam hal ini, cukup dengan menjadi manusia kita harus mengasihani para ibu. Jiwanya tabah dan sikap juang dalam hidupnya tinggi tetapi tidakkah harus kita beri ruang dan masa kepada mereka untuk mendapatkan rehat bagi mengembalikan kesembuhan yang sepenuhnya.

Menurut seorang pakar, Dr Kamaljit berkata untuk memastikan agenda empowering women berjaya wanita dinasihatkan mengandung apa bila sudah bersedia dari segi mental, psikologi dan juga  fizikal dan tidak terburu buru.

Beliau juga menasihatkan khusus untuk wanita yang fokus dalam kerjaya untuk menggunakan kaedah contraceptive yang selamat untuk merancang keluarga dan kepada mereka yang mengalami kekangan dari segi sosio-ekonomi di waktu ekonomi mencabar sebegini.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai pendapatan yang sangat rendah dan menghadapi hidup yang sangat sukar. Sudah tentu salah satu jalan yang ada ialah merancang keluarga sebaiknya.

Penggunaan pil perancang antara altenatif untuk mengelakkan kehamilan

Buat mereka yang bekeluarga pula, perlu ada jarak bagi setiap kelahiran anak supaya ibu bapa boleh memberikan perhatian kepada anak mereka seterusnya memberikan kelebihan mengurus masa dan merancang kehamilan dengan lebih effisyen.

Ada di kalangan kita yang menyebarkan mitos kononnya pil perancang adalah ibu segala penyakit kanser, kegemukan dan banyak lagi. Ketahuilah, semua itu mitos dan telah disahkan oleh pakar perubatan bahawa pil perancang tidak berkait sama sekali dengan penyakit yang dinyatakan.

Zaman kini segalanya sudah mudah dengan adanya FRHAM, sebuah institusi yang khusus untuk membantu keluarga yang memerlukan khidmat nasihat. Ini merupakan sebuah video dari Bajiwoa Studio tentang perancangan keluarga yang boleh memberi anda input sedikit sebanyak dan membuang perasaan skeptikal yang mungkin ada selama ini.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat, anda boleh terus hubungi FRHAM di talian 03-5633 7514. Diharap kesedaran dan perkongsian terhadap perancangan keluarga ini dapat disebarkan agar lebih ramai rakyat yang peka tentang isu ini.