Tidak kira betapa jaganya pemakanan anda, betapa kerasnya workout anda tapi anda akan tetap mencari jawapan kepada tajuk kali ini. Setuju? Walaupun sudah berkali-kali mendapat jawapan, anda tetap mencari jawapan berbeza yang lain.

Apakah perkara paling penting untuk kurangkan berat badan?

Nak kurangkan berat badan atau orang putih kata ‘fat loss’ bermula dengan keputusan kita untuk memberi komitmen 100%. Anda perlu bersedia dari segi psikologi untuk membuat tindakan dan konsisten dalam perancangan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mempercayai yang diri anda mampu lakukan juga penting. Bila sudah percaya, anda perlu terima perjalanan mengurangkan berat badan adalah proses yang konsisten yang mengambil masa panjang.

Apakah cara bersenam terbaik untuk mengurangkan lemak badan?

Kena ingat, goal anda adalah untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang pergi gym sibuk nak kelihatan macho. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menjadi kurus/lean, anda perlu pastikan peluh yang keluar kaw-kaw punya daripada sibuk fikir nak angkat seberat-beratnya besi. Tujuan anda adalah untuk kurangkan berat badan bukan untuk membesarkan otot.

Untuk keluarkan peluh yang banyak dan kekalkan heart rate yang tinggi, lakukan senaman bersifat circuit. Contoh, pilih 2-8 senaman berbeza (free-weight atau bodyweight) dan lakukan sebanyak 4-8 pusingan. Untuk reps pula lakukan antara 10-15 reps (hypertrophy zone). Nampak macam mudah tapi cuba bercakap selepas 3 pusingan.

Apakah strategi untuk pemakanan?

Pastikan anda makan benda yang betul pada masa yang betul. Jangan skip makan ini kerana anda boleh terjebak dengan makan secara berlebihan ataupun singgah di restoran fast food. Pastikan anda makan karbohidrat, protein dan lemak baik. Jauhi diri daripada makanan yang tak ada nutrisi.

Apakah kesilapan yang dilakukan dalam berdiet?

Jangan lakukan crash diet. Jangan cuba cut semuanya. Jadilah realistik. Apabila mahu bermula, anda boleh elakkan air bergula terlebih dahulu. Dalam masa seminggu dua anda dah boleh lihat hasil. Selepas itu cuba pula kurangkan karbohidrat. Lama-kelamaan badan anda akan dapat terima dan anda mungkin tidak lagi terasa untuk makan makanan tersebut.

Adakah buah bagus dalam diet untuk kurangkan berat?

Buah sesuai dimakan diwaktu pagi kerana ia dapat memberi tenaga dan merupakan sumber fiber yang bagus. Tapi, hanya makan buah yang jumlah gulanya rendah seperti strawberry dan terhad kepada semangkuk kecil sahaja.

Bagaimana untuk menaikkan motivasi yang berkurangan?

Bukan mudah untuk konsisten. Ada masa anda akan rasa malas dan letih. Jadi anda perlu lihat balik tujuan asal anda lihat progress yang anda sudah lalui. Sayang, kalau anda berhenti separuh jalan.

Selain itu, tambah lebih banyak ilmu dengan membaca, research dan bergaul dengan mereka yang sekepala.