Nota Editor: Di sana sini ramai yang menyebut hipster. Ia bagaikan trend masakini yang menjadi kegilaan anak muda di kota dan bandar. Tapi berapa ramai yang tahu apakah maksud sebenar hipster itu sendiri? Berikut kupasan menarik oleh salah seorang admin Facebook Page The Patriots. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada admin page ini.

Hipster

APA ITU HIPSTER (ULASAN MAKAN ATAS DIAPER BAYI)

Saya rasa pemahaman orang kita terhadap definisi ‘hipster’ bagi orang kita amat ‘flaw’ yakni sangat-sangatlah ‘flaw’. Lebih-lebih lagi bagi akak-akak yang throw baby-shower party sambil makan kek atas baby diaper tu.

Makan kek atas diaper dikatanya hipster? Kesewelan apakah ini?

Untuk pengetahuan umum, hipster bukan satu trend tapi counter-culture movement. Mereka ada ideologi dan falsafah tersendiri bukan bandwagon buta yang hanya tahu consume saja. Lepastu bajet lain daripada yang lain kononnya.

“Hipsterism” is a state of mind,it is also often intertwined with distinct fashion sensibilities.

Berikut adalah hipster sebenar daripada pemahaman saya.

Hipster adalah ‘urban bohemian‘. Mereka menjalani gaya kehidupan alternatif yang lain daripada kebiasaan (ditekankan bukan makan atas pampers).

Mereka bukan hippies kerana mereka memiliki citarasa yang begitu meluas dari aspek fashion, muzik, seni, kesusasteraan, dan falsafah. Bahkan mereka amatlah kreatif dan ada sense of style.

Disebabkan pengetahuan mereka yang amat tinggi mengenai fashion, muzik, seni, kesusasteraan dan falsafah itu. Mereka ini agak ‘streetwise’.

Setahu saya, hipster sebenar bukan jenis follow up trend semasa guna gadget canggih macam iPhone bagai. Mereka selagi boleh akan cari alternatif murah.

Hipster sebenar nak snap gambar Instagram pun dorang akan guna kamera antik, polaroid atau pun lomo kemudian dorang akan scan gambar tu baru upload kat Instagram.

hipster-2

Hipster sebenar tak lepak di Starbucks kerana, mereka akan lepak di kafe hipster yang konsepnya sendiri. Biasanya kafe yang mereka lepak bukan francais. Kebiasaannya mereka lebih selesa brew kopi mereka sendiri di rumah daripada beli kat luar.

Hipster sebenar tak makan fast-food kerana bagi mereka fast-food outlet adalah capitalist. Mereka cenderung memilih warung kalau terdesak. Mamak pun dorang tak layan sebab mamak dah jadi hegemony. Dah bosan agaknya.

Hipster sebenar adalah non-conformist, pandangan mereka tak selari dengan pandangan umum. Jika society memandang tinggi imej wanita ramping sebagai menawan, berpurdah sebagai muslimah sejati atau lelaki sado adalah jantan sebenar.

Mereka tidak berkongsi pendapat itu sebaliknya mereka ada pandangan mereka yang tersendiri mengenai ‘attractiveness’.

Hipsters menolak pandangan umum masyarakat arus perdana yang berkenaan dengan keutamaan utama mencari kekasih pilihan dan kriteria tradisional mengenai tarikan fizikal iaitu paras rupa.

Adalah menjadi dogma pusat bagi hipster untuk tidak terpengaruh dengan dakyah media dan periklanan arus perdana yang hanya mempromosi ideal kecantikan bersikap etnosentrik.

Konsep androgini dan feminisme telah sedikit sebanyak mempengaruhi budaya hipster, dimana lelaki hipster kebanyakannya tubuh badan mereka lebih kurang kurus macam kekasih mereka.

Ideal lelaki berbadan sado dan bertubuh sasa tidak dianggap menarik oleh gadis hipster kerana mereka menganggap imej sedemikian ianya melambangkan chauvinisme lelaki, sexism dan misogyny.

Sebagaimana juga dengan imej hambar gadis sorority berambut blonde, kulit tanned, dan berpakaian seksi tak cukup kain yang turut dianggap tidak menarik oleh lelaki yang ‘cultured‘. Sebaliknya ianya dianggap sebagai simbol kepada female insecurity, kurang daya keyakinan, dan kekurangan kecerdikan budaya dan pemikiran bebas.

Hipster juga amat open minded dalam perhubungan antara kaum dan kebanyakan couple antara kaum dalam mana-mana persekitaran bandar biasanya ditemui dalam kelompok kebudayaan hipster ini.

hipster-4

Meskipun secara teknikalnya hipster adalah konformis di dalam kelompok mereka sendiri berbanding dengan masyarakat umum yang jauh lebih besar. Mereka adalah pelopor kepada ideal, trend, dan budaya terkini.

Contohnya buku-buku penulisan dan novel indie yang terdapat di pasaran kini. Tidak ketinggalan juga scene muzik indie dan filem-filem pendek yang kita lihat di Youtube. Semuanya hasil kerja tangan mereka.

Malahan trend jeans koyak-rabak yang kebanyakannya didapati di kedai jenama-jenama pakaian terkemuka seperti The Gap, American Eagle, Abercrombie and Fitch, Hollister asalnya digayakan oleh hipster-hipster yang membeli-belah di kedai ini jauh sebelum seluar ini dihasilkan secara besar-besaran.

Begitu juga dengan kemeja vintage flannel yang amat mudah didapati di H&M, Uniqlo dan Kitschen. Ianya mendapat tempat dikalangan hipster lelaki sebelum menjadi mainstream kepada umum.

Ironinya di sini bahawa banyak pengkritik budaya hipster sebenarnya secara tak disedari telah terbawak-bawak jalan yang hipsters telah lakari beberapa tahun sebelum mereka.

Contoh mudah gerakan serbanista ( mereka yang mempergunakan hujah agama untuk membenarkan sekaligus menguatkuasakan pendapat mereka secara paksaan atas alasan ‘dakwah’) yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan pemikiran bawah tempurung mereka se-‘hip’ yang mungkin.

Fenomena ini juga terpakai dalam dunia muzik juga, kerana banyak band-band indie yang telah berjaya dan dikenali secara mainstream oleh masyarakat umum hanya kerana hipsters yang menemui dan mendengar lagu mereka dahulu jauh sebelum dipromosi corong-corong radio.

H&M for Brick Lane Bikes

Apabila konsep fashion dan muzik tertentu telah mencapai tahap mainstream. Para hipster akan beralih kepada sesuatu yang lebih baru dan segar (untuk sekali lagi ditekankan bukan makan atas lampin bayi).

Oleh disebabkan kebangkitan laman rangkaian media sosial pada masa kini, pandangan umum terhadap budaya hipster di kawasan bandar telah mencapai ke satu tahap yang begitu eksponensial sekali.

Di negara-negara barat, norma budaya mainstream telah sedikit sebanyak berjaya diruntuhkan oleh budaya hipster secara keseluruhannya.

Hipsterisme sering disalahertikan sebagai hanya satu imej superficial oleh sesetengah pihak, akan tetapi budaya hipster juga secara keseluruhannya telah banyak melaksanakan perubahan dalam masyarakat terutamanya dalam penyampaian sesuatu informasi dan hiburan, yang secara tak langsung membawa kepada perasaan tidak senang di kalangan mereka yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada trendsetter.

Lihat saja betapa ramai penerbitan mainstream menggelupur bila karya hasil penerbitan indie mendapat tempat dikalangan pembaca tatkala pesta buku dianjurkan.

Bagi pendapat penulis, budaya hipster ini tidak lagi wujud secara nyata di negara ini kerana kebanyakan orang kita hanya mampu menjadi bandwagons sahaja dan mudah terikut-ikut dengan sesuatu budaya secara superficial yang dilihatnya sebagai satu trend.

Sementara kebanyakan hipster otai yang banyak idea mereka melalui puisi, muzik, zine dan blog kini telah mengorak langkah sebagai penulis, seniman dan pemuzik professional.

Baca lagi: 4 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Hipster Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤