Sejak Vocket dilancarkan 2 tahun lepas, semakin ramai yang menyumbang artikel/story untuk diterbitkan di Vocket. Pada awalnya kami memulakan pendaftaran users untuk membolehkan anda menulis sendiri di Vocket. Namum tidak ramai yang mahu mendaftar dan menggunakan platform Vocket untuk menulis story.

Seterusnya kami memperkenalkan borang hantar artikel, namun pengguna lebih suka menghubungi terus tim editorial kami untuk memasukkan story mereka ke dalam Vocket. Maka kami menggunakan kaedah ‘Nota Editor’ untuk membuat disclaimer tentang story yang dikeluarkan. Kaedah ini sedikit sebanyak menaikkan kredibiliti Vocket dalam menghormati hak milik penulisan orang awam.

Untuk tahun 2016, seiring dengan evolusi pembaca menggunakan Vocket, kami memperkenalkan custom author untuk kegunaan dalaman tim editorial Vocket. Sekiranya anda nampak simbol kecil ϟ di sebelah nama penulis ia memberi maksud penulisan itu adalah sumbangan daripada pembaca-pembaca Vocket. Inilah cara baru tim editorial curate story di Internet.

Kami harap dengan perkenalan custom author ini akan lebih menyerlahkan siapa penulis asal, apakah karier mereka dan lain-lain. Semoga ianya bermanfaat untuk pembaca dan penyumbang story.