Perlantikan selebriti sebagai ahli lembaga pengarah AirAsia bukanlah perkara baru kerana sebelum ini, Raline Shah pelakon Indonesia telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia Indonesia.

Terbaru, CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Perlantikan beliau ini dipilih selepas kejayaan yang diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan ini.

Berita perlantikan Neelofa ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat Malaysia khususnya pengikut pengikut Neelofa. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau tidak kurang juga yang menyindir beliau gara gara isu berlagak baru baru ini.

Disebalik perlantikan ini, adakah anda faham apakah itu Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non-Executive Independent Director)? Adakah Neelofa membeli pegangan saham AirAsia? Adakah beliau akan bekerja di AirAsia?

Apakah Pengarah Bukan Eksekutif?

Seorang pengarah bukan eksekutif adalah ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang bukan sebahagian daripada pasukan eksekutif. Dalam erti kata lain, mereka tidak bekerja dalam syarikat tersebut. Jawatan ini tidak terlibat dengan pengurusan operasi seharian sesebuah organisasi, tapi terlibat dalam membuat polisi dan strategi bisnes.

Pengarah bukan eksekutif juga dikenali sebagai pengarah luar atau pengarah bebas. Mereka ini diberi tugas untuk memberi cabaran kepada sesebuah syarikat. Memandangkan pengarah bukan eksekutif tidak memegang apa apa jawatan C-Level atau jawatan pengurusan lain, mereka dianggap memegang kepentingan syarikat lebih tinggi daripada pengarah eksekutif yang kadang kadang mempunyai conflict of interest antara pengurusan dan pemegang saham.

Apakah kesannya terhadap AirAsia?

Selalunya pengarah bukan eksekutif dilantik atas sebab sebab perhubungan awam (PR). Sebagai contoh, status Neelofa sebagai seorang selebriti terkenal yang mempunyai 5 juta pengikut di Instagram dan juga penerima anugerah Forbes 2017 akan membantu AirAsia mendapat pendedahan kepada kelompok komuniti yang baru.

https://www.instagram.com/p/BcciDVeFbNb

Sebagai seorang artis popular, generasi muda, ikon wanita, usahawan berjaya, Neelofa dapat membantu menaikkan pengaruh dan kredibiliti AirAsia kepada pengikutnya dan juga rangkaian kenalan bisnesnya. Ini memungkinkan AirAsia untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak pada masa akan datang untuk kebaikan bisnes mereka.

Selain itu, sebagai seorang pengarah bukan eksekutif Neelofa turut akan membantu syarikat dalam menguruskan strategi, prestasi dan risiko syarikat dengan memberi insight luaran yang selama ini mungkin tidak dapat dilihat oleh orang AirAsia sendiri.

Apakah kelebihan kepada Neelofa?

Neelofa bakal mendapat satu pengalaman berharga menguruskan sebuah syarikat awam yang bernilai billion ringgit pada usia yang muda. Selain itu, beliau juga sudah tentu mendapat akses kepada circle of network Tony Fernandes. Bermakna lebih banyak pintu pintu rezeki dan bisnes yang Neelofa boleh buka pada masa akan datang. Bak kata peminat “sudah kaya bertambah kaya”. Dalam berita AirAsia lain Aireen Omar telah meletak jawatan dalam lembaga pengarah AirAsia.