Tak sangka selama ini salah faham tentang makna water resistance dan nombor yang tertera pada jam tangan. Dulu saya fikir ‘water resistance up to 30 meter‘ itu bermaksud saya boleh masuk ke dalam air bersama jam tangan ini sehingga 30 meter tanpa merosakkannya. Rupa-rupanya salah!

Sebenarnya jam tangan boleh rosak jika saya lakukannya sebegitu. Walaupun nombor di dail atau belakang penutup jam tangan tulis pelbagai nombor, ia tidak merujuk kepada senario dalam penggunaan, atau mencerminkan keupayaan jam tangan bagi klasifikasi rintangan air. Sebaik-baiknya jam tangan di dalam keadaan kering.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia hanya menunjukkan jam tangan itu boleh masuk ke dalam air seperti diikat pada tali pancing dan diturunkan ke dalam laut tanpa melakukan apa-apa pergerakan. Jika ada pergerakan, tekanan di dalam air sudah jadi makin tinggi dan jam tangan tidak dapat bertahan lama dengan tekanan tersebut.

Water resistance

Kebiasaannya saya memilih jam tangan yang mempunyai ciri kalis air sebab saya percaya kehidupan seharian kita pasti akan melibatkan penggunaan air sama ada ketika tak sengaja terpercik air, berpeluh atau hari hujan.

Namun begitu, saya tidak akan sesekali bertindak dengan sengaja mengalirkan air atau mengenakan air pada jam tangan atau membiarkan jam tangan berwap. Apatah lagi jika jam tangan itu tiada tertulis water resistance, pastinya ia dijaga seperti sehelai kertas kerana khuatir akan cepat rosak dan berkarat.

Ringkasan: Jam tangan yang hanya ditulis ‘water resistance’ tanpa nombor adalah petanda ia direka untuk percikan tidak sengaja air sahaja.

Water Resistant 30 Meters/3 Atmospheres/3 Bar/100ft

Jika jam tangan ditulis kalis air sehingga 30 meter, ia bermakna hanya kalis percikan air sahaja dan tak bermakna jam tangan ini akan OK jika di bawah paras laut. Mungkin jam tangan boleh dibawa masuk ke dalam air dengan berhati-hati dan ambil masa yang sekejap tetapi ia mungkin tidak boleh bertahan lama.

Ringkasan: Jam tangan ini sesuai untuk aktiviti harian tetapi tidak sesuai untuk dibawa berenang bersama.

Water Resistant 50 Meters/5 Atmospheres/5 Bar/165ft

Saya pernah mempunyai jam tangan seperti ini jenama Guess, hadiah daripada Mama. Ia bertahan selama 5 tahun dan tragik ia berpisah dengan saya bukan kerana rosak tetapi hilang entah ke mana sewaktu mendaki bukit.

Dengan jam tangan kalis air 50 meter, sekarang anda boleh berenang dengannya di tempat cetek. Namun, anda perlu mengurangkan pendedahan dalam air dan mungkin pilihan untuk tanggalkan jam tangan sebelum berenang itu adalah lebih baik. Untuk menyelam pula, mungkin ia masih lagi bukan satu idea yang baik.

Ringkasan: Jam tangan ini sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti berenang tetapi tidak sesuai untuk aktiviti menyelam, snorkeling atau sukan air.

Water Resistant 100 Meters/10 Atmospheres/10 Bar/330ft

Ini sesuai untuk peminat aktiviti snorkeling kerana tiada masalah untuk berendam lama di dalam air. Tapi untuk menyelam, masih sukar nak dinyatakan sesuai atau tidak sebab ada jam tangan khas untuk aktiviti diving, bukan sebarangan jam tangan.

Oh ya! Jika anda perasan akan saiz fizikal jam tangan ini akan semakin tebal besinya apabila semakin bertambah nilai ketahanan rintangan air. Ini kerana untuk menghadapi tekanan di dalam air.

Ringkasan: Jam tangan ini sesuai untuk kegunaan harian, aktiviti berenang, skin-diving dan snorkeling tetapi tidak sesuai untuk high board diving atau sub-aqua diving.

Water Resistant 200 Meters/200 Atmospheres/20 Bar/660ft

Walaupun nampak macam sesuai sangat untuk skuba, tetapi sebenarnya tidak. Jadi, seeloknya tidak mengambil risiko. Untuk berenang di dalam kolam dengan beberapa pusingan adalah sesuai tetapi hanya tekan butang pada jam tangan sewaktu di atas air sahaja.

Water Resistant 300 Meters/300 Atmospheres/30 Bar/880ft

Ini adalah wilayah untuk menyelam bersama jam tangan ini, walaupun ia tidak disahkan dengan standard ISO 6425. Jom redah. Ia juga sesuai untuk sukan air impak tinggi, dan saturation diving.

Diver’s or ISO 6425

Haaa! Inilah jam tangan untuk profesional skuba. Ia ditulis “ISO 6425” atau “Divers” dan nombor kedalaman ditulis pada dial atau bekas kerangka jam tangan. Ia direka untuk menyelam dan diberikan pengesahan mengikut standard ISO dimana ia dijamin oleh pembuat jam tangan untuk kedalaman sekurang-kurangnya 100 meter atau tambahan 25% jika air statik.

Selain itu, jam tangan ini mempunyai kejutan yang ketara, magnet, dan toleransi dengan air garam, dan memberi petunjuk apabila berada dalam kegelapan. Jika anda mahu pergi lebih jauh ke dalam air, inilah jam tangan yang sesuai dengan tujuan anda.

Penjagaan Jam Tangan

Kebanyakan jam tangan water resistant tidak direka untuk berada lama di dalam air. Ia telah diuji di dalam makmal dengan tekanan statik untuk masa pendek pada kedalaman tertentu. Tapi apabila ia digunakan di dalam persekitaran sebenar, tekanan itu lebih tinggi. Malah, kandungan air pada paras kedalaman tertentu mengandungi bahan tertentu yang boleh merosakkan seal jam tangan.

Selain itu, elakkan jam tangan daripada minyak wangi, semburan aerosal dan kosmetik. Jam tangan juga patut diuji setiap 2 tahun dan gaskets ditukarkan jika perlu untuk mengekalkan ciri water resistance.

Sila ikut amaran di bawah:

1. Lap lembapan, peluh atau kotoran dengan kain kering yang lembut selepas mengeluarkannya dari pergelangan tangan untuk meningkatkan ketahanan semula bekas itu, gasket dan tali jam tangan.
2. Selepas menggunakan jam tangan tahan air di dalam air laut, basuh dalam air tawar dan kering dengan kain lembut.
3. Jangan basuh jam tangan tahan air ketika butang bentuk mahkota ditarik keluar.
4. Elakkan mencuci jam tangan tahan air secara langsung di bawah air yang mengalir. Basuh di dalam sinki atau bekas air.

Ini rupa jam tangan yang berbeza had water resistance:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram