Segala teka-teki mengenai tarikh pembubaran parlimen bakal terjawab hari ini selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk pengetahuan anda, mesyuarat kabinet yang bermula 11.30 pagi ini bakal disiarkan secara langsung menerusi RTM. Pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat yang sepatutnya dibuat pada Rabu lepas ditangguhkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk Seri Najib juga dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda sempena pembubaran sebelum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet.

Sejurus selepas parlimen dibubar, pilihan raya haruslah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran. Melihat kepada kebiasaan sebelum ini, ramai yang menjangkakan pilihan raya bakal diadakan pada minggu pertama bulan Mei.

Pengumuman yang dibuat ini sekaligus membuatkan orang ramai serentak mendapatkan tiket untuk pulang ke halaman masing-masing. Buat anda sebagai rakyat, sudahkah anda membuat keputusan untuk memilih parti untuk meneraju tempat anda?