Anda sering diberitahu tentang keburukan dan bahaya meminum air gas seperti Coca Cola tapi pernahkah anda terfikir apakah yang sebenarnya berlaku?

The Renegade Pharmacist, sebuah blog yang ditulis oleh bekas ahli farmasi UK, Niraj Naik telah memuat naik satu infografik yang memaparkan apakah yang sebenarnya berlaku kepada badan anda selepas sejam meminum Coca Cola. Infografik ini dipecahkan dari mini pertama sehingga minit ke-60. Hasilnya menakutkan. Cuba lihat.

coca cola

10 minit pertama: 10 sudu gula memasuki sistem badan anda yang bersamaan dengan 100% pengambilan sehari. Anda tidak rasa untuk muntah kerana kemanisan yang terlampau disebabkan phosphoric acid menghalang rasa tersebut.

20 minit: Blood sugar anda meningkat mendadak menyebabkan insulin dikeluarkan. Hati anda memberi respon dengan menukar gula yang tidak dapat dikawalnya kepada lemak.

40 minit: Penyerapan kafein lengkap pada saat ini. Tekanan darah anda meningkat, sebagai respon kepada hati yang mengepam lebih banyak gula kepada saluran darah. Adenosine receptors pada otak anda dihalang untuk mengelak rasa mengantuk.

45 minit: Badan anda akan menghasilkan lebih banyak dopamine untuk meredakan tekanan kepada otak anda. Ini bersamaan dengan pengambilan heroin.

60 minit: Phosphoric Acids mengumpul calcium, magnesium dan zinc di bahagian bawah usus anda, untuk meningkatkan metabolism. Ini hasil daripada kandungan gula yang tinggi dan pemanis tiruan.

Selepas 60 minit: Anda akan berasa untuk terkencing kerana badan anda akan membuang bonded calcium, magnesium dan zinc yang diperlukan oleh tulang anda.

Selepas 60 minit lagi: Selepas apa yang berlaku dalam badan anda berkurangan, anda akan mula merasa sugar crush. Anda akan merasa marah atau berasa lembap. Anda akan kerap membuang air kecil untuk membuang air daripada Coke. Badan anda tidak akan sempat menyerap apa apa nutrien malah sistem hidrasi anda akan terganggu, dan sistem badan anda tidak dapat membina tulang dan gigi yang kuat.

Infografik ini sangat bagus dan pada masa yang sama membuatkan kami berasa takut lagi untuk mengambil apa apa minuman bergas. Jumlah gula yang terkandung sangat tinggi!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber