Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta kereta yang dirosakkan dalam filem Fast & Furious 7 atau 6 filem terdahulu? Kereta kereta itu dihapuskan.

WSJ dalam satu artikel menyebut, pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk ‘Furious 7’ dan mereka mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk membersihkan kereta kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di Colorado.

NOTE 10 MKBHD
HYPE
5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini
Baca lagi →

BACA: Adakah Pengakhiran Fast & Furious 7 Membuatkan Anda Menangis?

Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr Jensen menerima panggilan daripada krew Furious 7 selepas mereka terlihat papan tanda “we buy junk cars” beliau di lebuhraya.

Mr Jensen dan krewnya, menghabiskan beberapa hari mengangkut kereta kereta rosak ke dalam sebuah trak. Pembuat filem mahu mereka menghancurkan terus kereta kereta tersebut untuk mengelakkan sesiapa saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak. Antara kereta yang mereka perlu hancurkan ialah beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero.

Walaupun orang ramai maklum yang kereta kereta ini dipersiapkan dengan baik untuk filem aksi tapi apakah yang terjadi kepada kereta kereta yang dijatuhkan dari kapal terbang dan di langgar selepas filem tamat?

furious-7-crashed-cars

Menurut Dennis McCarthy, koordinator kereta untuk francais Fast & Furious, krew filem perlu mematuhi protokol yang spesifik, mengira setiap kereta yang dirosakkan dalam setiap filem atas sebab sebab akaun dan liabiliti.

Pembuat filem “Fast & Furious” merosakkan beratus kereta bagi setiap filem. Lebih daripada 230 kereta untuk Furious 7. Pada tahun 2013, semasa Fast & Furious 6, apabila kereta kebal merosakkan beberapa kenderaan tentera dan kereta di lebuhraya di Pulau Tenerife, Sepanyol, krew filem berurusan dengan pemilik pelupusan barang tempatan. “Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata McCarthy. Untuk 2011 “Fast Five” yang mana krew Furious melarikan bilik kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem berurusan dengan kerajaan untuk menghantar kereta kereta terpakai dengan murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran, merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.

Furious 7 - C-130 Sequence

Selepas penggambaran Furious 7 untuk babak kejar mengejar di lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew kereta menyimpan kereta kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran Monarch Ski Resort. Mr Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk mengalihkan kereta kereta itu supaya resort tersebut boleh membuat persiapan untuk upacara pembukaan musim.

SUMBER: WSJ

Baca juga: Sebab Utama Watak Brian O’Conner Tidak Mati Dalam Furious 7

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka