Siapa sangka, kuih apam balik, kuih tradisi rakyat Malaysia telah pun mempunyai tempat di hati masyarakat UK. Kuih dengan kulit yang rangup dengan inti manis, yang rangup dengan kacang kisar dan rasa lemak dari mentega bukan sahaja menambat hati rakyat negara kita malah mendapat sambutan menggalakkan dari warga UK.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘The Malaysian Pancake Co’ diasaskan oleh Mohd Shahreil Mohd Isa, seorang warga Malaysia. Beliau mulanya belajar di UK pada tahun 1997. Ketika belajar, beliau sempat bekerja sambilan di warung pancake. Setelah bekerja di sana selama beberapa tahun, berbekalkan resipi warisan keluarga, beliau mula menjual apam balik di hujung minggu mulai tahun 2010. Sekarang, beliau menguruskan perniagaannya secara sepenuh masa.

Apa yang menarik, mereka menghidangkan pelbagai menu apam balik. Mereka bukan sekadar ada apam balik dengan rasa tradisional, tetapi juga beberapa perasa yang sudah disesuaikan dengan masyarakat di sana. Lihatlah gambar di bawah. Alangkah menariknya, kan!

Paling kami tak tahan, tengok gambar apam balik ‘extra nutella’ di bawah ini. Menurut Mohd Shahreil di dalam facebooknya, seorang wanita Perancis telah memesan extra nutella di dalam Apam Balik Pisang dan Nutella beliau. Yummmmyyy!

Melihat betapa seksinya apam balik di atas, memang wajar mereka menerima 4 daripada 5 bintang di laman reviu makanan antarabangsa, Yelp.

Sekiranya anda berkunjung ke kota London, carilah mereka dan rasailah keenakan di Boiler House Food Hall, Brick Lane, E1 6RU atau The Old Truman Brewery.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang dan sosial mereka di bawah:

Laman sesawang: The Malaysian Pancake Co
Facebook: The Malaysian Pancake Co
Twitter: The Malaysian Pancake Co

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram