Harga rumah yang semakin meningkat dan ruang yang terhad terutama di kawasan bandar memerlukan pereka hiasan dalaman menjadi lebih kreatif dan inovatif agar ruang dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Inilah yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat rekaan hiasan dalaman di Kiev. Dikenali sebagai 2B.group, syarikat ini telah berjaya mewujudkan reka bentuk dalaman yang mampu mengurangkan jumlah dinding dan pintu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan penggunaan kawasan lapang sedia ada di dalam apartment ini, reka bentuk akhir lebih bertumpu kepada keselesaan dan penggunaan ruang yang berfungsi di setiap sudut kepada penghuninya, di samping mengekalkan privasi meskipun dengan susun atur di ruang yang terbuka.

kiev-apartment-1

Sentuhan yang dilakukan termasuk rak buku dibina sebagai dinding bilik tidur untuk memisahkan ruang disamping pengunaan yang maksimum.

kiev-apartment-2

Ruang tamu dan ruang makan dipisahkan dengan meletakkan pembahagi ruang. Dengan ini dinding tidak lagi diperlukan menjadikan ruang kelihatan lebih luas.

kiev-apartment-3

Di sebalik dinding di ruang dapur, tersembunyi rak-rak menyimpan pinggan mangkuk dan alatan memasak.

kiev-apartment-4

kiev-apartment-5

Sementara ruang menyimpan pakaian pula dijadikan sebagai lorong laluan utama antara bilik tidur utama dan bilik tidur tetamu.

kiev-apartment-6

kiev-apartment-7

Melihat kepada situasi semasa di Malaysia, idea ini pastinya boleh di adaptasi di sini juga.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram