Rumah apartment kos rendah berkeluasan 750 kaki persegi kelihatan luas dengan susunan perabot dan kombinasi warna yang menarik. Kebanyakan hiasan dalamannya dibuat sendiri oleh pemilik rumah ini yang dikenali di Facebook sebagai Mawar Berduri Mawar.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Menurut Mawar, dia mengambil masa selama setahun untuk melengkapkan rumah ini. Anggaran kos yang terlibat dalam RM15,000 dengan semua barangan baru (kebanyakan basic items) kecuali kabinet tv. Berbalik kepada soal Do-It-Yourself (DIY), Mawar telah membuat sendiri corak di pintu-pintu rumahnya.

deko 01

Idea hiasan dalaman rumah ini diperolehi dari hasil carian di Google dan Youtube. Facebook Group khusus untuk dekorasi rumah turut menjadi tempat bagi Mawar mendapatkan idea dan inspirasi.

Tentu ada di kalangan pembaca menyebut: “Bolehlah hias macam ini. Kalau ada anak kecil mana mungkin boleh hias begini.”

Buat pengetahuan anda, rumah yang dihias cantik ini dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang anak berusia 4 tahun. Saya sempat bertanya kepada Mawar, adakah hiasan sebegini susah dijaga dengan kehadiran anak kecil?

Mawar menjawab:

“Hiasan hiasan tak ada masalah dengan anak. Anak pun dah dipesan siap siap barang barang jangan diusik. Sebab saya slalu cakap bahaya kalau jatuh. Dapur pun dia jarang masuk sebab dah selalu cakap tak sesuai untuk dia selalu ada di situ. Kiranya tak ada masalah dengan anak bab bab hiasan ni. Mungkin didik dari awal mudah rasanya.”

deko 02

deko 03

deko 04

deko 05

deko 06

deko 07

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group