Personaliti media sosial, ‘Apek Cina’ memberitahu masyarakat Cina sebenarnya mahukan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kerana percaya beliau mampu untuk mengimbangkan perselisihan faham antara kaum tanpa menjejaskan hak orang Cina di negara ini. 

Selain itu, mereka juga dikatakan bersetuju dengan Anwar sebagai perdana menteri seterusnya kerana beliau datang dari parti yang mempunyai ahli dari pelbagai bangsa dan kaum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anwar Ibrahim adalah merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga ahli parlimen Port Dickson.

Dalam satu laporan Sinar Harian hari ini, Apek Cina atau nama sebenarnya Tan Zee How berkata kaum Cina bukan saja tidak bersetuju dengan cadangan pembubaran parlimen malah mahukan janji Dr Mahathir untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar juga ditunaikan.

“Mereka rasa kerajaan PH harus dikekalkan dan janji penyerahan kuasa antara Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar ditunaikan.

“Komuniti Cina ini berharap apabila Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau dapat mengimbangkan perbalahan antara kaum yang berlaku kebelakangan ini tanpa menjejaskan hak orang Cina di Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun secara peribadi berpendapat Anwar hanya akan mengecewakan kaum Cina kerana tidak mampu untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi mereka.

Malah dia juga berpendapat sekiranya kaum Cina tidak mahu parlimen dibubarkan seperti kehendak mereka sebelum ini, hanya Dr Mahathir sahaja yang boleh mengawal keadaan politik negara buat masa ini dan bukannya Anwar Ibrahim.

Justeru itu, Apek Cina menjelaskan masyarakat Cina di negara ini tidak bermimpi untuk mencapai kehendak mereka dan berdepan dengan realiti sebenar di samping turut meminta mereka memahami tentang kaum dan agama lain di Malaysia.

“Kita kena faham tentang kaum lain, tentang agama lain di negara Malaysia dan bukan sekadar nak orang memahami perasaan kita sahaja.

“Berdasarkan situasi politik semasa ini, saya berpendirian bahawa parti komponen dalam PH sudah tidak mempercayai antara satu sama lain. Rakyat telah meluat dengan situasi sebegini, jadi lebih baik bubarkan Parlimen serta adakan PRU15 secepat mungkin,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pakatan Harapan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan selepas Dr Mahathir enggan mempengurusikan mesyuarat Majlis Presiden PH bagi membincangkan hala tuju pimpinan negara.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai keadaan semasa landskap politik negara yang menjadi topik perbualan hangat minggu ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

UMNO Punca Tun M Letak Jawatan, Doakan Politik Malaysia Lebih Baik

Kemelut Politik Di Malaysia, Bagaimana Dunia Luar Melihat Kita?

Landskap Politik Malaysia, Golongan Mana Paling Rugi Jika Berlaku Perubahan Kerajaan?