Kalau anda fikir printer hanya hasilkan gambar dan tulisan pada kertas sahaja, anda mungkin terkejut jika mengetahui printer kini sudah boleh mencetak rumah!

Pencetak 3D oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan Russia, Apis Cor mampu membina rumah kecil ini dalam masa 24 jam sahaja! Mesin pencetak ini akan mengeluarkan campuran simen khas dalam bentuk yang telah ditetapkan dalam komputer dan mesin ini akan meneruskan operasi membina rumah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak semua operasi pembuatan rumah ini dibuat oleh mesin pencetak 3D ini. Tingkap rumah ini perlu dipasang manual oleh tenaga manusia termasuk proses untuk mengecat rumah ini. Tetapi untuk mencipta sebuah rumah dan hanya memerlukan sehari untuk siap, ianya sangat berbaloi!

Pihak Apis Cor juga memberi jaminan yang rumah ciptaan mereka ini dapat bertahan sehingga 175 tahun. Memang hebat. Kos untuk siapkan rumah ini pula adalah sekitar USD10 ribu (lebih kurang RM44 ribu). Sangat berpatutan untuk sebuah rumah kos rendah dan siap dalam masa sehari.

Apis Cor merancang untuk meluaskan lagi pembinaan rumah sebegini di Eropah, Asia, Afrika dan Latin Amerika. Mereka ingin menepis tanggapan pembinaan sesebuah rumah mengambil masa yang lama dan tidak efisien. Dengan adanya pencetak 3D ini, masalah masa dapat diselesaikan dan ianya mungkin alternatif yang baik untuk membina rumah ini di kem pelarian dan sebagainya.

BACA: Khemah Rekaan IKEA Ini Menang Anugerah Rekaan Terbaik Beazley Tahun 2016

Buat masa ini, hanya bentuk ini yang boleh dipilih sebagai permulaan. Di masa akan datang, semestinya akan ada rekaan lain yang boleh dipilih dan harganya menjadi lebih berpatutan. Invention yang sangat bermanfaat untuk masa depan.

Sumber