Berikutan perkembangan teknologi yang kian pesat, kini jenama telefon pintar BlackBerry telah mengumumkan penutupan perkhidmatan BlackBerry Messenger pada 31 Mei 2019 ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa BlackBerry merupakan peranti yang terkenal dalam kalangan pengguna ketika satu masa dahulu. Aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) merupakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram yang memudahkan penggunanya berhubung.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Kini aplikasi tersebut tidak lagi digunakan apabila hampir kesemua pengguna telah berpindah ke platform lain yang boleh dikatakan serba canggih, lebih-lebih lagi aplikasi WhatsApp yang sememangnya menjadi platform utama untuk perbualan dan perkongsian kisah hidup.

Pastinya aplikasi BBM ini memberikan banyak kenangan buat anda yang pernah menggunakannya.

Anda Mungkin Suka