Aplikasi Bondee kini menjadi bualan hangat di internet kerana tampil unik dengan penawaran bersosial di dalam dunia maya dengan karakter dan ruang tersendiri. Malah, aplikasi ini sudah mendapat jumlah muat turun yang tinggi ekoran populariti yang melonjak naik.

Bagaimanapun, aplikasi Bondee yang disangka sebagai percuma kini dikesan mengecas kad debit pengguna tanpa disedari. Menerusi perkongsian di beberapa media sosial, segelintir pengguna yang bermain aplikasi tersebut secara tiba-tiba menerima notifikasi yang mengatakan wang telah ditolak dari kad debit.

Baca Juga:

Sumber Gambar: unboxdiaries

Difahamkan perkara ini terjadi ekoran kad debit yang dipautkan pada Google Play Store seperti telah digodam. Akibatnya, wang di dalam akaun telah ditolak tanpa disedari oleh pengguna.

Selain itu, ada yang mendakwa terdapat kemungkinan aksesori dan baju kosmetik virtual yang ditawarkan sebenarnya perlu dibeli namun tidak dinyatakan oleh pihak pembangun. Hal ini kerana sebahagian barangan virtual itu sudah pun dilabelkan dengan tanda percubaan atau ‘trial’.

Sumber Gambar: unboxdiaries

Susulan tular berkenaan isu tersebut, netizen mula mempersoalkan sama ada aplikasi ini hanyalah satu penipuan untuk menjerat mangsa-mangsa di luar sana atau sebaliknya. Memang diakui dengan penampilan karakter yang comel serta boleh bersosial menerusinya menjadi daya penarik utama.

Sebagai langkah berjaga, anda disarankan untuk tidak memuat naik aplikasi berkenaan buat masa ini. Di samping itu, jangan sesekali memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui.