Sekiranya anda kerap ke bazar Ramadhan, kami yakin anda pasti mengalami masalah dimana anda sering ‘terbabas’ dalam mengawal perbelanjaan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda membawa sejumlah wang yang banyak. Jangan risau, kami juga turut mengalami masalah yang sama.

Namun semuanya berubah setelah mencuba aplikasi daripada Boost. Aplikasi ini secara amnya bakal memudahkan anda berbelanja ‘tanpa wang tunai’. Ya, melalui teknologi yang tersedia anda berpeluang berbelanja secara terus berdasarkan jumlah baki yang tersedia di dalam aplikasi ini. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi ‘terbabas’ ketika berbelanja di bazar Ramadhan.

Picture1Picture6

Setakat ini, aplikasi ini sudahpun berjaya ditawarkan secara meluas sekitar Lembah Klang dan beberapa lokasi lain. Antara Bazar Ramadhan yang sudahpun menawarkan servis melalui aplikasi Boost ini adalah Taman U yang terletak di Johor, Bayan Baru di Pulau Pinang , Bangsar, TTDI, Jalan TAR, Pandan Indah dan pelbagai lagi tempat lain.

Lebih menarik, pihak Boost juga dikatakan berminat untuk menambah senarai ‘jajahan’ mereka bagi memudahkan orang ramai berbelanja secara tanpa tunai dengan mudah melalui aplikasi mereka.

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH YANG MENDAPAT PENERANGAN MENGENAI PENGGUNAAN APLIKASI BOOST

Anda juga boleh cuba melakukan perkara yang sama dengan berbelanja tanpa wang tunai melalui aplikasi Boost. Sebelum itu, pastikan anda muat turun aplikasi Boost yang tersedia di Android dan iOS. Oh ya, buat pengguna awal aplikasi ini turut menawarkan kredit berjumlah RM5 secara percuma. Best bukan? Selamat berbelanja!

Ketahui lebih lanjut di https://www.myboost.com.my/