Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya sebelum para para pemandu mengalami sedikit kesukaran dalam mendapatkan penumpang memandangkan para pengguna lebih cenderung untuk membuat tempahan melalui aplikasi, kini tidak lagi melalui pelancaran aplikasi cALLme.

Aplikasi cALLme ini merupakan sebuah platform buat para pengguna dalam mendapatkan teksi yang berdaftar di KLIA dan KLIA2 dengan lebih mudah. Setiap tempahan yang dibuat bakal terus disambungkan kepada pihak teksi yang berada di kawasan sekitar.

YB Anthony Loke merasmikan pelancaran aplikasi cALLme. Sumber: TheStar

Menurut TheStar, penawaran aplikasi ini sekaligus bakal memberi saingan kepada platform e-hailing sekaligus meningkatkan daya saing buat para pemandu teksi. Selain itu, penawaran aplikasi ini seiring dengan janji kerajaan dalam menawarkan peluang yang lebih baik buat para pemandu teksi berdaftar.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan di KLIA dan KLIA2 dan bakal dilebarkan jaringan penawaran ke Langkawi tidak lama lagi.

Anda Mungkin Suka