Di dalam era serba mudah alih ini, kami yakin hampir kesemua majoriti pengguna mempunyai aplikasi perbankan di dalam smartphone. Bermula dengan sekadar menyatakan baki sehinggalah memudahkan urusan orang ramai dalam membuat pembayaran.

Dalam pada itu, usaha syarikat perbankan dalam memastikan segala urusan berjalan dengan lancar tidak terhenti disitu sahaja. Terbaru, CIMB Clicks menjadi aplikasi perbankan kedua Malaysia yang mengenakan akses cap jari bagi memudahkan orang ramai log in ke akaun selepas Maybank.

Dari segi paparan juga dilihat pihak CIMB berjaya membawa imej yang lebih moden dan minimalis berbanding sebelumnya. Anda boleh cuba sendiri aplikasi terbaru CIMB Clicks ini untuk mengetahui perbezaannya dengan lebih lanjut. Anda boleh cuba aplikasi terbaru ini di sini.

Buat pengguna Android, anda perlu menunggu sedikit lama sebelum mendapatkan pembaharuan terbaru daripada CIMB ini.