Video aplikasi ‘Dubsmash’ dilihat sebagai platform untuk orang mengurangkan tekanan. Ini satu peluang yang baik bagi mereka yang sedang mengalami tekanan. Apatah lagi apabila Pakar Perunding Psikiatri Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menyatakan ‘Dubsmash’ boleh membantu mewujudkan persekitaran yang sihat antara pengguna media sosial.

Baca: 5 Jenis Makanan Ini Mampu Buat Anda Rasa Gembira Dan Tidak Stres

Namun, beliau khuatir sekiranya seseorang muat naik video ‘Dubsmash’ lebih tiga video sehari akan berkemungkinan terjebak dengan fobia sosial. Menurutnya lagi, segelintir peminat ‘Dubsmash’ ini sebenarnya fobia sosial. Mereka menggunakan ‘Dubshmash’ untuk bersosial secara ‘sehala’ sahaja gara-gara takut dan rasa kurang selesa bersosial secara dua hala.

Tonton: 11 Aksi ‘Dubsmash’ Yang Menghiburkan Oleh Para Selebriti Malaysia

Ini pula 3 impak positif ‘Dubsmash’ menurut Ketua Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohd Suhaimi Mohamad:

1. Fizikalogi

Mewujudkan rantaian sosial dan dapat ramai kawan apabila pemuat naik video ‘Dubsmash’ mendapat banyak ‘like’ dan ‘followers’.

2. Psikologi

Otak akan sentiasa cerdas kerana perlu mempunyai daya ingatan yang kuat dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan video ‘Dubsmash’ yang menarik.

3. Sosiologi

Membina keyakinan diri seseorang apabila berani memuat naik video tanpa rasa malu atau rendah diri.

Kesimpulannya, baik buruk sesebuah aplikasi itu terletak kepada cara penggunaan dan tahap ketagihan masing-masing. Maka, sebaik-baiknya pengguna/peminat aplikasi mestilah bersederhana dalam perbuatan mereka.

Dah stres? Tonton koleksi terbaik ‘Dubsmash’:

https://www.youtube.com/watch?v=NToIcRq5MrM

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group