Setakat hari ini kami yakin ramai daripada anda sudah tahu apa itu fidget spinner. Tidak kurang juga yang pernah mencubanya. Permainan yang pada mulanya dikhabarkan sebagai altenatif untuk menghilangkan stress ini nampaknya kini telah menular ke seluruh dunia setelah hak paten permainan ini tidak lagi diperlihara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca lagi: ‘Fidget Spinner’ Boleh Menghilangkan Stress Atau Sekadar Ikut Trend?

Siapa sangka permainan ini juga turut mengalami sedikit ‘evolusi’. Bermula dengan keluaran awal yang mempunyai tri bar seterusnya rekaannya diperkemaskan lagi dengan beberapa rekaan seperti shuriken, batarang dan sebagainya.

Terbaru, permainan ini dikeluarkan dalam versi aplikasi khusus buat iOS daripada pembangun Ketchapp. Melalui permainan ini, anda berpeluang untuk spin ‘fidget spinner’ pilihan anda yang tersedia di skrin sebanyak 5 kali untuk mendapatkan rekod terbaik.

Nak cuba? Anda boleh muat turun aplikasi fidget spinner yang tersedia khas buat iOS ini di sini. Oh ya, hanya selepas beberapa minggu selepas pelancaran, aplikasi ini berjaya menjadi antara aplikasi terpopular percuma yang dimuat turun pengguna iOS.

Dalam pada itu, wujud juga segelintir manusia yang cuba bereksperimen dengan iPhone 7 dalam menghasilkan fidget spinner versi iPhone. Mungkin juga ini fidget spinner paling mahal dan premium pernah dihasilkan.