Ketika ini terdapat begitu banyak aplikasi telefon pintar yang akan memberi anda ganjaran atau bonus sekiranya anda membeli barangan atau membayar bil. Sebagai pengguna, pastinya anda ingin mengetahui aplikasi manakah yang terbaik untuk dimuat turun.

Kami tertarik untuk bercerita tentang aplikasi ForestONE yang baru sahaja kami cuba. Bukan hanya menawarkan merchant yang pelbagai, anda juga berpeluang membuat pembayaran bil secara terus melalui aplikasi ini.

Nak tahu apa yang lebih best? Anda bakal menerima reward yang boleh ditebus. Dalam erti kata lain, dalam anda melangsaikan bil atau komitmen, anda juga dapat berjimat untuk mendapatkan barangan lain. Ini yang kita mahukan bukan?

Mengapa kami suka ForestONE

1. Promosi menarik setiap masa

april-sales-3nd-week-2b

Seperti yang kami nyatakan di atas, ahli ForestONE berpeluang menerima penjimatan setiap kali berbelanja menerusi ForestONE. Lebih menarik, anda juga boleh menyimpan point untuk ditebus pada bila-bila masa untuk baucer atau promosi menarik yang ditawarkan di ForestONE.

Promosi yang sedang hangat dan paling kami suka ketika ini sudah pastinya promosi Petronas Gift Card dimana setiap perbelanjaan sebanyak RM200 akan membolehkan anda mendapat baucer KFC bernilai RM25. Jimat bukan?

Setakat pencubaan kami menggunakan aplikasi-aplikasi lain, belum pernah kami lihat aplikasi yang menawarkan promosi baucer setinggi RM25 terutamanya untuk rangkaian restoran seperti KFC. Selain itu, tawaran diskaun sebanyak 5% juga turut diberikan jika anda berbelanja di Giant dan Zalora. Kaki shopping pasti suka.

2. Lebih penjimatan untuk setiap rakan yang mendaftar

Sudahlah anda menerima faedah dan promosi, kini setiap kali rakan anda mendaftar menggunakan referral code daripada anda, anda bakal turut menerima ganjaran hasil daripada perbelanjaan mereka setiap bulan. Sewaktu promosi Referral sedang berlangsung, rakan anda juga boleh menerima ganjaran setinggi RM5. Cukup jimat untuk dapatkan minuman tealive pada separuh harga.

Berdasarkan apa yang dikongsikan, ForestONE percaya dalam sistem perbelanjaan komuniti dimana lebih banyak rakan anda berbelanja di ForestONE, lebih tinggi ganjaran yang akan diterima oleh anda. Pasti anda tidak sabar untuk menjadi yang terawal bukan?

3. Bilangan merchant jenama terkenal semakin bertambah

Forest One satu

Selain berbincang mengenai aplikasi perbelanjaan yang menawarkan ganjaran hebat, pastinya rangkaian merchant yang ditawarkan antara yang ingin diketahui pengguna. Menerusi aplikasi ForestONE anda berpeluang berbelanja dan berjimat melalui rangkaian merchant melibatkan Starbucks, Giant, tealive, Petronas, Cold Storage dan Watsons sudah bekerjasama dengan ForestONE.

Bilangan merchant ini juga akan bertambah di masa akan datang. Pasti rambang mata anda dengan tawaran yang muncul di ForestONE nanti. Bermula 29 April ini, aplikasi ini sudah boleh digunakan di KK Mart seluruh negara untuk penjimatan lebih ketika membeli barangan di sana. Dalam erti kata lain, pembelian barangan runcit juga sudah boleh dijimatkan.

ForestONE sememangnya berbaloi untuk anda mula gunakan bermula hari ini. Sebelum ini, pemberian ganjaran tealive percuma pernah dibuat dengan hanya anda memberi referral code pada pengguna baharu sahaja.

Apa tunggu lagi, kami sangat syorkan untuk anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kenikmatan penjimatan dan faedah yang ditawarkan melalui aplikasi ini Sebarang info lanjut anda boleh ke laman Facebook rasmi ForestONE di sini.

P/S: Untuk muat turut aplikasi ForestONE, tekan di sini untuk pengguna Android dan di sini untuk pengguna iOS. Jom!