Sejak banyak duduk rumah, mungkin dah ramai di kalangan kita yang lupa bagaimana mahu bercuti. Atau pernah terlintas adakah kita boleh bercuti seperti orang normal sebelum COVID-19 datang.

Persoalan-persoalan ini sebenarnya boleh ganggu jiwa kita yang nak berehat. Jadi disebabkan itu penting untuk semua orang peka dengan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh negara atau tempat yang kita mahu bercuti.

Dengan hanya satu ketikan, anda akan dibawa ke dalam dunia Lumi News – jenama aplikasi laporan berita yang mengumpulkan lebih 30 penerbit. Di sana anda akan dibawa kepada jawapan yang anda cari.

Lumi News Stack

Dalam zaman serba laju. Kadang-kadang ada benda yang kita tertinggal, contohnya cerita apa yang tengah hangat sekarang. Disebabkan itu Lumi News Stack memudahkan pengguna dengan kompilasi artikel yang ‘mesti-dibaca’ untuk topik-topik tertentu.

Lumi News

Ia diletakkan dalam hanya satu ruang untuk memudahkan anda membaca. Artikel-artikel tersebut telah dipilih daripada pelbagai media, seperti The Vocket, News Straits Times, Berita Harian atau Free Malaysia Today.

Dengan membaca menggunakan Lumi News Stacks, pengguna akan melihat pelbagai informasi dari sudut dan perspektif lebih daripada 45 media di Malaysia. Ia juga memudahkan anda untuk berkongsi ke pelbagai jenis platform media sosial.

Lumi News

Antara contoh-contoh artikel untuk SOP semasa melancong.

  1. Mahu Tarik Pelancong Antarabangsa, Thailand Mansuhkan Ujian COVID-19 Ketika Ketibaan Mulai 1 Mei – The Vocket
  2. Singapore to lift most virus curbs in ‘significant step’ – The Borneo Post
  3. Thailand scraps on arrival Covid tests starting May 1 – New Straits Times
  4. S. Korea to lift most Covid curbs as Omicron wanes – FMT News

Lumi News – capaian pantas laporan berita.

Dengan kepelbagaian yang diketengahkan oleh Lumi News, anda akan mendapat akses penuh berita dalam pelbagai jenis bahasa, topik dan anda juga bakal menerima notifikasi apabila sesuatu topik yang anda ikuti di muat naik.

Direka dengan matlamat untuk membawa pembaca kepada berita yang lebih lancar selain daripada bergantung kepada media sosial, Lumi News Malaysia yang kini boleh dimuat naik di Play Store dan Apple App Store akan menghubungkan anda secara langsung kepada pelbagai jenis sumber berita yang dipercayai.

Anda bukan sahaja didedahkan dengan informasi mengenai pelancongan, tetapi lebih luas lagi. Perniagaan, politik, ekonomi, seni dan budaya serta banyak lagi topik-topik lain.

Buat anda yang juga pembaca setia The Vocket, muat turun sekarang aplikasi ini di Apple Store dan Play Store untuk mendapat laporan terkini yang dimuat naik oleh The Vocket.