Jika sebelum ini para pelajar perlu menanti untuk bertanyakan soalan atau penjelasan daripada pihak guru, kini tidak lagi. Hanya dengan ‘snap’ dan bertanya soalan yang bermasalah, para pelajar berpeluang mendapatkan jawapan secara terus. Itulah yang cuba dibawakan melalui aplikasi Snapask.

Melalui aplikasi ini, para pelajar berpeluang untuk bertanyakan soalan daripada mana-mana mata pelajaran bermula daripada peringkat rendah sehingga STPM dan tutor akan cuba menjawab soalan anda sebaik mungkin. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai aplikasi Snapask.

Bagi memudahkan anda, aplikasi membawakan konsep yang sama sepertimana Uber atau Grab dimana para tutor akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan dan respon yang terbaik kepada para pelajar.

Oh ya, sudah pastinya setiap soalan yang ditanya adalah berbayar. Walaubagaimanapun, harga yang dicas pada kami sangatlah berpatutan. Para pelajar juga berpeluang untuk memberikan sama ada 5 bintang atau kurang bergantung kepada respon yang diterima. Best bukan jadi pelajar zaman sekarang?

Peluang buat anda menjana pendapatan

Contoh interaksi yang berlaku di Snapask. Sumber: SengkangBabies

Peluang terbaik buat anda atau kenalan anda yang ingin mencuba menjadi tutor, peluang ini sentiasa dibuka melalui Snapask. Penawaran subjek dan taraf pendidikan yang berbeza antara yang boleh anda cuba.

Anda juga berpeluang untuk menjadikan Snapask sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran mengajar anda. Sememangnya peluang terbaik buat anda yang ingin menjadi tutor secara freelance sekaligus menjana pendapatan dengan cara interaktif.

Anda boleh muat turun aplikasi Snapask untuk mula menjadi pelajar atau tutor melalui platform Android dan iOS.

Pada pendapat anda mampukah aplikasi ini menjadi revolusi kepada kaedah tuisyen sedia ada dalam memberikan yang terbaik kepada keputusan terbaik murid-murid zaman kini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤