Adakah anda masih bujang? Ini mungkin penyelesaian bagi masalah anda atau mungkin ia akan memperlihatkan status bujang ini sebagai forever alone kelak. Pada 20 Januari 2015 yang lalu, teman lelaki halimunan telah dilepaskan oleh 2 orang pemuda hingga mengejutkan laman-laman web luar negara.

Ia bukan hantu, bukan manusia, dan juga bukan seekor haiwan! Hati-hati! Bunyinya agak pelik dan agak mengerikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

188yxvusapqckjpg

Kerana ia adalah sebuah aplikasi! Ya, sebuah aplikasi yang diberi nama Invisible Boyfriend. Meskipun ia dinamakan sedemikian rupa. Anda masih boleh mencari teman wanita halimunan. Maka, berhati-hatilah! Dikhuatiri anda terjebak selepas ini pula.

1

Invisible Boyfriend dicipta oleh Matthew Homann dan Kyle Tabor ini telah menyatakan 3 kebaikan aplikasi ini untuk orang bujang di blog mereka iaitu:

  1. Untuk mencipta ilusi memiliki seseorang sebagai teman lelaki atau teman wanita
  2. Untuk memperdayakan keluarga dan kawan-kawan bahawa anda sudah berpunya
  3. Untuk melatih diri sebelum menghantar mesej kepada orang sebenar. Sweet talker?

Mereka berdua ini tidak mempunyai nasib yang baik dalam perhubungan. Mereka sering disoal tentang pasangan mereka oleh keluarga dan kawan-kawan. Maka, dalam keadaan kekecewaan dan sedikit terdesak itu telah mendorong mereka mencipta Invisible Boyfriend.

Anda perlu memilih jantina, mencipta nama, umur, dan karakter seseorang dan memilih wajah di ruangan yang telah disediakan seperti di bawah ini:

2
2a
3

Ini adalah kemungkinan teman lelaki halimunan pilihan anda tadi:

3a
4

Kemudian, anda boleh mula berkomunikasi dengannya selepas memberikan nombor telefon anda untuk dihubungi. Petikan-petikan di bawah ini dijumpai di internet oleh mereka yang telah menguji aplikasi ini:

(i) Cubaan bergaduh
invisible-bf-app
unnamed-1-11

(ii) Cubaan ejaan salah
unnamed-97

(iii) Cubaan berkomunikasi
ruth

Apabila diajukan soalan kepada Encik Homann tentang siapa disebalik aplikasi ini, jawabnya rahsia tetapi dia memberi petunjuk seperti ini:

 

“you can tell in many cases there’s a real person on the other end of the message.”

 

Teruja ke? Jangan teruja sangat sebab aplikasi ini dibuka untuk penduduk negara USA dan Kanada sahaja buat masa ini.

Apakah pendapat anda tentang aplikasi Invisible Boyfriend ini?

Nyatakan pendapat dan pandangan anda di ruangan komen di bawah ini atau di Facebook kami, The Vocket.

Sumber: Mashable, Business Insider I, Business Insider II

LIKE Facebook The Vocket hari ini untuk pelbagai artikel yang menarik.