Masih ingatkah zaman dimana iPhone masih lagi belum diperkenalkan dan Apple iPod merupakan peranti pilihan buat mereka yang ingin mendengarkan muzik. Rekaannya yang unik serta penyediaan iPod click wheel antara yang membuatkan model ini kekal ikonik sehingga hari ini.

Terbaharu, difahamkan seorang pembangun aplikasi iOS iaitu Elvin Hu sedang membangunkan sebuah aplikasi dimana anda boleh menggunakan iPhone anda sepertimana iPod Classic. Bukan itu sahaja, aplikasi yang bakal dibangunkan ini turut dilengkapkan dengan paparan yang hampir sama seperti yang tersedia di iPod.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berita pembangunan aplikasi ini sekaligus membuatkan orang ramai teruja khususnya buat mereka yang pernah memiliki iPod Classic suatu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, difahamkan aplikasi ini masih tersedia untuk digunakan umum dan bakal dilancarkan di App Store pada penghujung Disember ini apabila sudah siap sepenuhnya.

Pada penghujung Mei lalu, Apple turut menawarkan kemaskini buat iPod Touch dengan cip pemprosesan A10 Fusion. Turut dikongsikan, sejarah iPod sepanjang 16 tahun diperkenalkan.

Apple Tawarkan Kemaskini Terbaru Buat iPod Touch Dengan Cip A10 Fusion

Selamat Tinggal iPod, Ini Sejarah Sepanjang 16 Tahun Sejak Mula Diperkenal Apple