Melalui perbentagan Belanjawan 2019 yang dilangsungkan baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan akan mengkaji dengan lebih lanjut mengenai penggunaan kriptowang di dalam negara.

Terbaru, Luno selaku syarikat penawaran aplikasi kriptowang mengumumkan bakal membuat pelaburan sebanyak RM25 juta ke ekonomi Malaysia bagi merancakkan lagi industri kriptowang.

Screen-Shot-2017-01-10-at-9.00.07-AM

Selain itu, difahamkan pihak Luno juga bakal membuka hab sulung mereka di Kuala Lumpur pada suku pertama 2019. Pembukaan hab ini bakal membuka lebih peluang buat orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan kriptowang.

Melalui pengumuman terbaru pihak kerajaan serta kerjasama daripada syarikat Luno, mungkin kita akan melihat perkembangan jual beli kriptowang yang lebih luas pada masa akan datang.

Sumber