MMspot kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan MMspot merupakan sebuah Platform Ganjaran Digital dengan jutaan pengguna di rantau asia. Malah, aplikasi ini dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung luar negara mendapat mata ganjaran melalui aplikasi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, MMspot telah melancarkan pek permulaan dikenali sebagai ‘SATAY’ bagi penawaran penggunaan aplikasi ini secara eksklusif. Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Processed with VSCO with a5 preset

Menariknya, e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot. Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran. Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar dan pengguna juga boleh mendapatkan 10% rebat jika menggunakan e-Baucar tersebut.

Berikut adalah patform-platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi MMspot:

1. Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)
2. Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)
3. Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)
4. Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)
5. Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)
6. Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)
7. Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)
8. Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)

Processed with VSCO with a5 preset

Processed with VSCO with a5 preset

Selain itu, MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls. Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7% jika tambah nilai secara sendiri.

Menarik bukan aplikasi ini? Jangan lua download aplikasi ini di telefon pintar anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.