Tular baru-baru ini apabila aplikasi Muslim Pro selaku aplikasi mudah alih islamik pertama dunia terlibat dalam menghantar bekalan data peribadi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Menurut Vice, tentera Amerika Syarikat telah membeli data pergerakan kepunyaan pengguna dari seluruh dunia yang mempunyai aplikasi yang dilihat tidak berbahaya.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Selain Muslim Pro, aplikasi lain yang turut terlibat adalah Craigslist dan Muslim Mingle. Dilaporkan Motherboard telah menemui dua cara yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat bagi mengetahui lokasi pengguna. Data tersebut dibeli menerusi X-Mode dan Locate X yang menerima data yang dijual pembangun pelbagai aplikasi peranti pintar.

ezgif-7-19411e3a130f

Difahamkan Locate X dan X-Mode masing-masing hadir dengan peranan yang berbeza. Locate X ditugaskan untuk melawan ancaman daripada pengganas dan juga apa-apa pemberontakan.

Berbeza pula dengan X-Mode yang akan membayar sejumlah wang kepada pengusaha aplikasi berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki di setiap aplikasi. Jika aplikasi tersebut mempunyai lebih 50,000 pengguna yang aktif di Amerika Syarikat, maka dalam sebulan pengusaha aplikasi tersebut akan memperoleh $1,500.

Menurut Google Playstore, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun hampir 50 juta kali pada telefon pintar berjenama Android manakala lebih dari 98 juta secara keseluruhan di platform lain termasuk produk dari iOS.

Erwan Macé, fondateur de MuslimPro

Berdasarkan hasil siasatan, dilaporkan pengasas aplikasi Muslim Pro adalah Erwan Mace yang merupakan warga Perancis serta merupakan bekas pekerja pasukan Google di Asia Tenggara.

Aplikasi berkenaan turut menawarkan pelbagai fungsi, antaranya, waktu azan di seluruh dunia, lokasi sesebuah masjid, bacaan al-Quran, arah kiblat dan banyak lagi. Sehingga kini, pihak Muslim Pro, Locate X dan X-Mode belum mengeluarkan apa -apa kenyataan mengenai penjualan data pengguna kepada pihak tentera.

Tertarik dengan kisah di atas? Mari baca antara artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Bernilai RM5 Juta

Mengapa McDonald’s Gagal Berniaga Di Iceland

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

 

Anda Mungkin Suka