Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari ini telah melancarkan aplikasi yang dikhaskan buat beliau sendiri. Aplikasi ini diwujudkan bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan berita secara telus serta mengetahui aktiviti harian Perdana Menteri kita.

Kami daripada The Vocket tidak ketinggalan untuk memuat turun aplikasi ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengisian aplikasi Najib Razak ini. Berikut merupakan pandangan kami mengenai aplikasi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen-shot-2016-10-12-at-7-35-13-pm

Pada mulanya, kami beranggapan aplikasi ini sekadar menyiarkan berita tentang Najib Razak seperti yang disiarkan di laman web atau Facebook. Nampaknya aplikasi ini menawar features yang lebih lagi. Pengguna ditawarkan dengan rekod-rekod dan kejayaan Perdana Menteri kita sepanjang menjawat jawatan sebagai pemimpin negara.

Selain itu, memandangkan Dato’ Sri Najib Razak aktif di media sosial, aplikasi ini telah meletakkan kesemua akaun media sosial di dalam satu tempat bagi memudahkan rakyat untuk mengetahui dengan lebih rapat aktiviti beliau seharian.

screen696x696-2

Bagi memudahkan pengguna meluahkan pendapat atau cadangan, sebuah tab ‘feedback’ telah disediakan. Dengan cara ini, pengguna boleh meluahkan sebarangan cadangan atau sebarang isu terus melalui aplikasi ini.

Untuk pengatahuan anda, aplikasi dilancarkan khas buat pengguna Android dan iOS sekaligus. Maknanya pengguna Android tidak lagi perlu menantikan aplikasi ini dilancarkan sedikit lewat seperti aplikasi-aplikasi lain yang lebih mengutamakan pengguna iOS.

screenshot_20161012-164251

Sepanjang menggunakan aplikasi ini, boleh dikatakan aplikasi ini berfungsi dengan sangat smooth. Mendapatkan berita di laman sosial beliau yang lain boleh didapati secara terus tanpa perlu beralih kepada aplikasi yang lain.

Setakat beberapa jam dilancarkan, aplikasi ini turut menerima pelbagai maklumbalas daripada pengguna. Di Google Play Store, aplikasi ini menerima rating 2.6/5.0 daripada pengguna. Kemungkinan sedikit kemaskini diperlukan bagi mendapatkan rating yang lebih tinggi daripada pengguna.

 

Sumber