713 Teknologi
December 6, 2016 - 11:52 AM

Google pada hari telah melancarkan sebuah lagi aplikasi terbaru iaitu Google Trusted Contacts. Aplikasi ini dilancarkan bagi tujuan keselamatan dimana terdapat beberapa kes gagal diselamatkan berikutan ketiadaan bantuan sewaktu kecemasan. Dengan Google Trusted Contacts, segalanya menjadi lebih mudah.

Ideanya mudah. Anda hanya perlu memilih famili atau mungkin rakan baik anda untuk dimasukkan kedalam ‘trusted contacts’. Dengan memasukkan mereka kedalam circle anda, aplikasi ini akan sentiasa memberi info dimana anda berada secara live untuk pengetahuan circle anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang awesome mengenai aplikasi ini adalah Trusted Contacts dapat ‘menghidu’ sekiranya ada berada di tempat yang sedikit berbahaya atau sunyi di lewat malam. Aplikasi ini sekaligus akan menyediakan butang akses membolehkan circle anda mengetahui sekiranya anda berada di dalam bahaya.

mtylvv7wn8d7w9kmw9of

Secara asasnya, aplikasi ini mirip dengan aplikasi Swarm, cuma kurang dari segi fancy dan pengkongsian location adalah secara live bersama circle anda.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna Android dan bakal dikeluarkan buat pengguna iOS tidak lama lagi. Buat pasangan yang sentiasa mahu mengetahui di mana kekasih mereka berada, mungkin ini aplikasi terbaik buat anda juga.

Sumber