Sejak aplikasi Raiz diperkenalkan, orang ramai boleh melabur dengan mudah melalui di hujung jari sahaja. Malah, kesemua dana di dalamnya juga diuruskan oleh badan yang dipercayai iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Aplikasi Raiz kini berjaya memiliki 600,000 penyertaan pengguna pada platform pelaburan bersama jumlah pelaburan mencecah RM40 juta. Lebih menarik lagi daripada jumlah tersebut seramai 110,000 pengguna ditakrifkan sebagai pengguna aktif platform.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Menerusi momentum positif ini, Raiz melihat ia sekadar memberi kelebihan kepada semua pihak untuk melabur tetapi turut menerapkan pendidikan bahawa semua pengguna boleh melabur tanpa menjejaskan tabiat perbelanjaan harian mereka.
Berdasarkan laporan, dalam tempoh 2 tahun diperkenalkan ternyata 88% daripada pengguna pelaburnya terdiri daripada kumpulan yang berusia 18 tahun hingga 43 tahun. Ini menunjukkan tanda positif akan kesedaran orang ramai dalam memahami tentang kewangan dan juga menggunakan kemudahan ekonomi semasa seperti aplikasi Raiz.
Bukan itu sahaja, pengguna juga dapat menikmati kemudahan berlabur serendah 5 sen namun turut dapat meraih manfaat ganjaran tunai melalui Raiz Rewards sekiranya berbelanja di Shopee dan Lazada. Langkah ini baik untuk pengguna menerima pulangan di samping menyokong arena e-dagang negara.