Kami yakin setiap orang pasti ada sahaja gambar yang sangat sentimental buat mereka. Lebih-lebih lagi gambar keluarga atau kenalan yang sudah bertahun lamanya.

Terkadang gambar yang lama ini mungkin menyimpan 1001 kenangan namun kualiti gambarnya yang sudah usang atau kabur membuatkan gambar tersebut tidak puas dilihat lebih-lebih lagi di zaman digital ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Remini-4

Baru-baru ini, tular di kalangan netizen mengenai sebuah aplikasi yang dinamakan Remini. Menggunakan teknologi artificial intelligence (AI), aplikasi ini mampu membuatkan gambar lama disunting kepada kualiti yang lebih jelas.

Tidak hanya tertakluk kepada gambar lama, malah sebarang gambar yang kabur juga mampu dinaikkan kualiti gambar melalui aplikasi Remini. Berikut merupakan antara pengkosian pengguna Twitter mengenai aplikasi ini.

Menarik bukan? Buat anda yang mahu mencuba anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia di Android dan iOS. Memandangkan aplikasi ini memerlukan teknologi AI untuk memproses gambar, anda mungkin perlu menunggu sedikit lama sehingga lebih 24 jam untuk mendapatkan gambar anda berikutan jumlah pengguna yang semakin ramai menggunakan aplikasi ini.

Sering dianggap aplikasi sampah dan murahan, ketahui juga manfaat dan kelebihan yang tersedia pada TikTok dan WeChat yang ramai tidak tahu.

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Sering Dianggap Aplikasi Murahan, Ini 10 Fungsi Hebat WeChat Yang Ramai Tidak Tahu

 

 

Anda Mungkin Suka