Penggunaan servis e-hailing sudah menjadi keperluan buat para pengguna Malaysia serta serata negara. Menawarkan servis yang mampu milik serta mudah ditempah antara ciri yang diidamkan pengguna.

Terbaharu, muncul pula sebuah startup yang menawarkan servis yang sama namun dibangunkan bukan untuk ‘membuat duit’. Menawarkan servis perkongsian kereta atau carpool, startup yang dinamakan sebagai Ryde dari Singapura ini membolehkan para penumpang berkongsi kereta bersama pemandu yang mahu ke destinasi yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengenalan startup Ryde ini juga dilihat sebagai langkah untuk mewujudkan alam sekitar yang lebih sihat menerusi penggunaan kenderaan secara perkongsian.

62462A06-FD56-4685-BD78-22197EE8CC2D

ryde1_hka2
Sumber: Sea Mashable

Berbeza dengan Ryde Singapura yang mengenakan bayaran komisen sebanyak 9%, servis Ryde yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak mengenakan sebarang komisen setakat ini.

Para penumpang cuma perlu menanggung bayaran kos pengangkutan yang rendah dan tol sahaja buat masa ini. Perkara ini secara tidak langsung membolehkan para pemandu menikmati bayaran yang lebih rendah berbanding servis e-hailing.

Sepanjang empat tahun startup ini ditubuhkan, Ryde sudah berjaya mengumpul 25,000 pemandu yang berminat untuk menjayakan servis ini.

Memandangkan Ryde merupakan aplikasi yang dibangunkan tanpa mengaut keuntungan, para pemandu tidak perlu mendapatkan lesen PSV serta beberapa dokumen yang berkaitan. Difahamakan beberapa persetujuan telah dibuat bagi membolehkan Ryde beroperasi di Malaysia.

doc77jznhl0m02lxblllx4
Terence Zou, CEO Ryde. Sumber: The Star

Aplikasi ini sedia dimuat turun di App Store dan Google Play bermula 1 November ini. Lokasi sekitar Lembah Klang antara yang ditawarkan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Melihat kepada konsep komuniti yang diperkenalkan Ryde, agak menarik untuk menyaksikan adakah aplikasi ini mampu memberi kesan kepada syarikat gergasi e-hailing Malaysia iaitu Grab.

Kami kongsikan kepada anda artikel hangat mengenai Grab yang menjadi platform e-hailing sejumlah ramai di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Warga Emas Berumur 60 Tahun Ini Kongsikan Mengapa Beliau Masih Lagi Membawa Grab

Suami Tampil Jelaskan Salah Faham Mengenai Isterinya Buat GrabFood Sambil Bawa Anak