Pastinya platform e-hailing makin berkembang di Malaysia berikutan permintaan yang tinggi dari pengguna. Berikutan itu, TaxiGo iaitu aplikasi pintar untuk perkhidmatan teksi telah diperkenalkan.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini dibangunkan oleh Cab Mmobility dengan kerjasama pakar-pakar dari Taiwan dan Jepun. Aplikasi ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 teksi berdaftar di seluruh negara.

Malah, TaxiGo tidak akan mengambil peratusan hasil dari tambang yang dikenakan dimana hanya mengenakan kadar RM2 bagi setiap perjalanan oleh pemandu. Berikutan itu, pemandu teksi berpeluang untuk meraih sekurang-kurangnya 10%-20% pendapatan tambahan daripada iklan dan melalui paparan digital yang diletakkan pada bumbung kereta.

Anda kini boleh memuat turun aplikasi ini di kedua-dua platform iOS dan Android. Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing yang telah tersedia di pasaran.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber