Aplikasi ini hanya mempunyai satu visi dan nampaknya aplikasi ini bakal menyelesaikan salah satu masalah terbesar Uber setakat ini. TaxiLater bakal memberikan ada pilihan untuk menjadualkan perjalanan anda mengikut kesesuaian anda.

Meskipun terdapat banyak kenderaan yang menjalankan perkhidmatan Uber sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kerisauan untuk mendapatkan kenderaan tepat pada masanya pasti ada dan nampaknya aplikasi TaxiLater ini dapat menyelesaikannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi yang dibangunkan oleh Joshua Meier selaku pelajar Harvard University dan pembangun kepada aplikasi ini sangat mudah digunakan dan digandingkan bersama aplikasi Uber. Apa yang perlu anda lakukan adalah memuat-turun apliaski Uber dan TaxiLater. Berikut merupakan cara-cara untuk mengandingkan Uber bersama TaxiLater.

  1. Sahkan akaun TaxiLater melalui aplikasi Uber

first-you-allow-taxilater-to-access-your-uber-account

2. Tentukan lokasi anda

and-your-location-then-you-select-your-drop-off-and-pick-up-location

3. Seterusnya, tentukan waktu bagi menentukan Uber tiba pada masanya.

then-you-select-the-time-this-is-the-time-that-you-want-the-uber-to-arrive-at-your-location-after-you-set-it-the-algorithms-continually-adjust-the-optimal-time-for-requesting-the-ride-according-to-meier

Sangat mudah bukan? Oh ya, setakat ini aplikasi ini hanya disediakan buat pengguna iOS dan dijangka akan tiba tidak lama lagi buat pengguna Android.