Amazon pada harin ini mengumumkan sebuah teknologi terbaru hasil daripada AWS iaitu Amazon Chime. Sebuah aplikasi video conference yang difokuskan khas buat organisasi serta pemilik bisnes.

Sekali pandang, aplikasi ini nampaknya tidak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding Skype. Namun fungsi-fungsi yang ada padanya seperti virtual meetings membolehkan pemilik bisnes berbincang bersama staff antara yang membuatkan aplikasi ini unik. Fleksibiliti platform yang disediakan juga membuatkan aplikasi ini lebih mudah untuk digunakan.

Salah satu perkara penting yang dibawakan oleh Amazon Chime adalah kelangsungan audio dan video yang lancar tanpa sebarang lagging. Dalam erti kata lain, anda sebagai pengguna tidak akan mengalami masalah suara terputus ketika meeting sedang berlangsung. Sememangnya teknologi terbaru buat pemilik bisnes khususnya yang bekerja secara remote.

Setakat ini aplikasi ini sudah ditawarkan buat platform Windows, MacOS, iOS dan Android dan ditawarkan dengan harga serendah $2.50 USD sehingga $15 USD sebulan bergantung kepada pakej.