Sejak awal diperkenalkan, WhatsApp sudah berjaya menjadi wadah permesejan utama khususnya buat pengguna di Malaysia. Buat mereka yang menjalankan bisnes atas talian, WhatsApp juga berjaya menawarkan kemudahan buat para peniaga dengan penawaran fungsi WhatsApp Broadcast.

Pada hari ini, WhatsApp telah melancarkan sebuah aplikasi terbaru mereka iaitu WhatsApp Business. Melalui aplikasi ini, WhatsApp mensasarkan WhatsApp buat peniaga-peniaga kecil yang berniaga atast talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gsmarena_001

WhatsApp Business membolehkan pemilik bisnes meletakkan info tambahan pada profail WhatsApp mereka seperti maklumat bisnes, email serta alamat premis serta laman web untuk memudahkan pembeli mendapatkan produk yang ditawarkan.

Aplikasi ini turut membolehkan pengguna membalas mesej dengan lebih cepat dengan penawaran jawapan pilihan yang sering digunakan. Akaun bisnes turut ditunjukkan tanda bisnes untuk memudahkan pengguna mengecam sebelum berjual beli. Sebuah aplikasi yang menarik untuk dicuba.

collage_660_011918100833

Setakat ini cuma lima negara berjaya yang ditawarkan dengan akses WhatsApp for Business. Indonesia, Amerika Syarikat, Italy, Mexico dan England antaranya manakala negara lain terpaksa menunggu seketika sebelum dapat digunakan.

Melihat kepada perkembangan WhatsApp dalam memperkenalkan WhatsApp Pay dan WhatsApp for Business, mungkin peniaga-peniaga atas talian boleh mula memberi perhatian kepada platform ini dalam menjalankan bisnes dan transaksi dengan lancar dan mudah. Klik di sini untuk memuat turun WhatsApp Business untuk Android.

Sumber